RIBUT musim sejuk dan salji tebal di bahagian timur laut Amerika Syarikat (AS), menyebabkan puluhan ribu rumah terputus bekalan elektrik, penutupan sekolah secara meluas dan keadaan jalan raya yang licin dan berbahaya.

Laluan ribut pada Selasa melanda beberapa bahagian di New England, bahagian utara New York, timur laut Pennsylvania dan utara New Jersey.

Jumlah salji dijangka terus menebal antara beberapa inci hingga beberapa kaki, bergantung kepada kawasan.

Lebih 400 penerbangan AS dalam dan luar negara terpaksa dibatalkan.

Lapangan Terbang Boston dan New York City mencatatkan jumlah penerbangan tertinggi yang dibatalkan.