DUNIA
Ribut tropika Alberto landa Cuba, ribuan penduduk dipindahkan

Pemandangan ladang yang sebahagiannya dibanjiri akibat Ribut Subtropika Alberto yang melanda pantai barat Cuba, di Bahia Honda, 26 Mei 2018. REUTERS
Beribu-ribu warga Cuba terpaksa berpindah selepas ribut tropika Alberto melanda negara tersebut dan menyebabkan sistem lebuh raya utama ditutup.
Menurut laporan media tempatan, wilayah tengah negara tersebut antara yang paling teruk terjejas akibat hujan lebat.
Di Villa Clara, kira-kira 7,000 warganya berpindah mendapatkan perlindungan di kawasan yang lebih selamat.
Ini kerana lebih daripada 100 buah rumah rosak akibat banjir susulan limpahan air sungai Belica dan Cubanicay.
Sementara bandar-bandar seperti Caibarien pula dilapor mengalami kerugian besar dalam bidang pertanian.
Hujan lebat juga menjejaskan operasi penapisan minyak di wilayah Cienfuegos dan ini memaksa keseluruhan operasi dihentikan.
Di wilayah Sancti Spiritius pula, hampir 1,500 keluarga dipindahkan dan sistem pengangkutan awam juga terpaksa dihentikan.
Bagaimanapun, hujan lebat ini turut menjana permintaan bekalan air yang tinggi di beberapa empangan dan takungan utama negara tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami