Hujan lebat daripada Ribut Tropika Andrea di Florida pada Khamis dan dijangkakan akan menyebabkan angin berkelajuan tinggi dan laut bergelora di kebanyakan Pantai Timur AS selepas melanda Cuba.
Di sekitar jam 2140 GMT (9.40 malam) ribut yang pertama dari Atlantic melanda Wilayah Dixie, Florida, kira-kira 10 batu (16 kilometers) di selatan Steinhatchee, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) AS yang berpangkalan di Miami.
Ribut tersebut yang mempunyai kelajuan angin maksimum 65 batu per jam dan bergerak menuju timur laut pada kelajuan 17 batu per jam -- dapat menghasilkan puting beliung di tengah dan selatan Florida, menurut NHC.
Ramalan membawa Andrea “ke tenggara Georgia mala mini sebelum bergerak dengan cepat ke pesisir timur AS pada hujung minggu ini sambil secara berperingkat semakin lemah,” Pusat Operasi kecemasan Florida berkata di laman webnya.
“Kesan utama akibat ribut tersebut telah memberi kesan terhadap negeri itu, dengan hujan lebat dijangkakan di kebanyakan Semenanjung Florida, ribut kecil yang menambah banjir pesisir pantai di sepanjang Pantai Barat Florida dan puting beliung terpencil.”
Sekurang-kurangnya enam puting beliung dilaporkan di Florida.
Lacey Mitten memberitahu NBCMiami.com bahawa dia dan dua anaknya, berumur 11 dan lapan tahun, berlindung di dalam tab mandi apabila putting beliung memusnahkan kejiranan dan merosakkan rumahnya.
“Kakak saya dan saya hanya saling berpandangan. Ia kedengaran seperti kereta api barang,” kata Mitten.
“Kami masuk kedalam tab mandi dan terus berpegang.”
Amaran ribut tropical adalah berkuat kuasa bagi sebahagian besar pantai Florida barat dan mencapai sehingga utara ke Cape Charles Light di Virginia, NHC berkata.
Kerosakan kecil dan banjir dilaporkan di kawasan pantai Sarasota, selatan Tampa, dan Wilayah Broward hingga ke utara Miami.
Ribut itu dijangkakan akan menyebabkan hujan sehingga lapan inci (20 sentimeter).
Pentadbiran Laut dan Atmosfera Kebangsaan berkata pada musim taufan – bermula 1 Jun hingga 30 November – akan menjadi sangat aktif, sehingga 20 ribut tropika dan taufan sebanyak 11 -- sehingga enam daripada mereka yang kuat.
Di Cuba, hujan turun berlanjutan selama seminggu. Andrea berganjak dari hujung barat pulau itu selepas memaksa pemindahan 2,600 orang.
Lebih dari 30 perkampungan terputus hubungan akibat air dan dalam satu perkampungan desa, lebih daripada 200 buah rumah telah tenggelam, akhbar rasmi Granma berkata.
Ribut itu juga merosakkan lebih kurang 4,000 hektar tumbuhan penting seperti ubi manis, jagung, ubi kayu, tembikai dan timun, menurut agensi berita kebangsaan AIN.
Daun tembakau kering juga telah musnah, bersama-sama dengan tujuh syarikat tembakau.
AFP
Fri Jun 07 2013
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.