BANGKOK: Ribut tropika "Dianmu" yang membadai utara dan timur laut Thailand mengakibatkan banjir di 27 wilayah di Thailand dan menjejaskan sekitar 59,000 keluarga.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand melaporkan ribut tropika itu menyebabkan banjir kilat di Ayutthaya, Chaiyaphum, Nakhon Ratchasima, Chiang Mai, Lamphun, Lampang, Buriram, Tak, Sukhothai dan Nakhon Pathom.
Ketua Pengarahnya Boontham Lertsukekasem berkata kawasan di 12 wilayah di sepanjang Lembah Sungai Chao Phraya termasuk Bangkok, Sing Buri, Pathum Thani, Nonthaburi, Samut Prakan dan Samut Sakhon mungkin menyaksikan lebih banyak kejadian banjir berikutan lebih banyak air akan dilepaskan dari empangan Chao Phraya.
Beliau berkata paras air empangan akan meningkat 0.3 meter hingga satu meter dalam beberapa hari lagi.
Sementara itu, Chaiyaphum di timur laut Thailand turut dilanda banjir kilat.
Gabenornya Wichian Chantaranothai berkata ia adalah banjir terburuk berlaku dalam tempoh 50 tahun kerana 14 daripada 16 daerahnya digenangi air.
Bangkok Post melaporkan di Hospital Chaiyaphum, guni pasir digunakan sebagai benteng penahan banjir dan pam dipasang bagi mengalirkan air bagi memastiikan kawasan hospital kering. Anggota tentera turut ditugaskan membantu penduduk setempat.
Di Ayutthaya, pihak berkuasa telah membina benteng di beberapa lokasi arkeologi di sepanjang tebing sungai Chao Phraya dan Lop Buri.
Jabatan Seni Halus memaklumkan pihaknya juga sudah membina benteng di Wat Chai Wattanaram, Wat Dhammaram, Wat Kasatrathirajvoravihara dan Wat Choeng Tha, serta sebuah perkampungan Belanda yang dibina pada zaman Ayutthaya, Baan Hollanda.
Pada Ahad, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan beberapa menteri kabinet melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di daerah Sri Samrong di Sukhothai, antara kawasan paling teruk dilanda ribut tropika "Dianmu".
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
Ribut tropika "Dianmu" yang membadai utara dan timur laut Thailand mengakibatkan banjir di 27 wilayah di Thailand dan menjejaskan sekitar 59,000 keluarga. - Foto Twitter/@Flood_List
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
Ribut, hujan batu di Chukai: Warga emas hampir dihempap bumbung
Seorang warga emas nyaris dihempap siling rumah yang runtuh dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai dekat daerah Kemaman, petang semalam.
244 rumah rosak akibat ribut di Kemaman
Sebanyak 244 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai di daerah Kemaman.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Taufan Krathon: Taiwan batal semua penerbangan domestik pada Rabu
Dengan bahagian luar Taufan Krathon bergerak ke arah utara-timur laut melintasi selatan-barat daya Taiwan, semua penerbangan domestik pada Rabu dibatalkan.
'Tropical Depression' dijangka bertambah kuat, ancam Taiwan - CWA
Memandangkan keadaan persekitaran yang kondusif untuk perkembangannya, TD22 diramal mencapai sekurang-kurangnya tahap taufan.