awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut tropika Tembin: Angka kematian di Mindanao hampiri 200 orang

Agensi
Agensi
23/12/2017
21:00 MYT
Ribut tropika Tembin: Angka kematian di Mindanao hampiri 200 orang
Kawasan yang teruk terjejas akibat paras air sungai yang meningkat dengan pantas di Lanao del Norte akibat Ribut Tropika Tembin (foto: Reuters)
Angka kematian daripada Ribut Tropika Tembin di Mindanao, Filipina meningkat ke hampir 200 orang sehingga awal pagi Ahad.
Jumlah kematian dijangka terus meningkat, dengan lebih 150 orang masih lagi hilang.
Pihak berkuasa terus bertungkus-lumus melakukan operasi mencari dan menyelamat terutama di kawasan petempatan sekitar sungai.
Menurut laporan AFP, paras sungai di kawasan kampung Dalama meningkat mendadak dan menghanyutkan kebanyakan rumah di kampung tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa Ribut Tropika Tembin diteruskan di kawasan yang teruk terjejas di Lanao del Norte (foto: Reuters)
Operasi mencari dan menyelamat mangsa Ribut Tropika Tembin diteruskan di kampung terjejas (foto: Reuters)
Kawasan yang turut terjejas termasuk sekitar Sungai Salog di bandar Sapad.
Pulau kedua terbesar di Filipina, Mindanao, mempunyai 20 juta penduduk dan dibadai lebih 20 ribut skala besar setiap tahun.
Sehingga kini kawasan yang teruk terjejas adalah Tubod, Salvador dan Sapad yang berada di wilayah Lanao del Norte.
Menurut laporan AFP, kawasan penempatan yang berada berdekatan dengan sungai musnah dihanyutkan arus deras (foto: Reuters)
Menurut laporan AFP, kawasan penempatan yang berada berdekatan dengan sungai musnah dihanyutkan arus banjir deras (foto: Reuters)
Wilayah lain yang turut menyaksikan angka kematian tinggi adalah kawasan perikanan di Zamboanga.
Menurut pihak berkuasa Salvador, penduduk di kawasan berkenaan telah diberikan amaran berkali-kali, namun mereka yang tinggal berdekatan dengan sungai degil dan enggan pindah.
Operasi mencari dan menyelamat menjadi sukar susulan kejadian tanah runtuh.
Ribut Tembin melanda kawasan yang sama seminggu selepas Ribut Tropika Kai-Tak yang mengakibatkan 54 orang terbunuh dan 24 orang hilang di kawasan tengah Filipina.
Topic Berkaitan
#angka kematian
#bencana alam
#Filipina
#hilang
#operasi
#Ribut Tropika
#rumah
#tanah runtuh
#Tembin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan