WASHINGTON: Risikan terbaharu Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa Rusia sedang membangunkan senjata nuklear untuk diletakkan di angkasa dan ia berupaya menimbulkan ancaman antarabangsa.

Perisikan itu terbongkar selepas wakil pengerusi jawatankuasa perisikan Dewan Perwakilan AS Republikan, Mike Turner, mengeluarkan kenyataan yang luar biasa dan samar pada Rabu memberi amaran tentang "ancaman keselamatan negara yang serius".

"Saya meminta Presiden AS Joe Biden menyahklasifikasikan semua maklumat berkaitan ancaman ini supaya Kongres, Pentadbiran dan sekutu kami boleh membincangkan secara terbuka tindakan yang perlu dilakukan, bertindak balas terhadap ancaman ini," kata Turner tanpa memberikan maklumat lanjut.

Kenyataan Turner dikeluarkan di tengah-tengah perdebatan di Kongres mengenai bagaimana AS harus menangani ancaman global dari Rusia dan pesaing lain.

Justeru beliau yang mewakili Republikan menggesa penglibatan global yang lebih besar selain turut mendapat kerjasam bekas Presiden Republik Donald Trump daripada Republikan untuk menyokong pendekatan mementingkan AS, berbanding politik yang digelar "America First".

Turner baru-baru ini kembali daripada mengetuai delegasi kongres dwipartisan ke Ukraine, selepas beliau memberi amaran kepada rakan-rakan ahli parlimennya bahawa masa semakin suntuk untuk Ukraine dalam memerangi penceroboh Rusia.

Namun sumber berkata ia tidak menimbulkan ancaman segera kepada AS tetapi memberi amaran berkaitan dengan keupayaan Rusia di angkasa, adalah berkaitan dengan satelit.

Memetik seorang pegawai semasa dan bekas pegawai AS melaporkan sebelum ini bahawa perisikan baharu itu berkaitan dengan percubaan Rusia untuk membangunkan senjata nuklear antisatelit berasaskan angkasa.

Laporan lain sebelum ini turut mendedahkan bahawa perisikan itu mempunyai kaitan dengan keupayaan sedemikian, namun  senjata nuklear berkenaan belum lagi berada di orbit.

Pentadbiran Biden ketika ini sedang  meningkatkan kritikannya terhadap Dewan Republikan kerana mungkin menyekat rang undang-undang AS$95 bilion yang diluluskan oleh Senat yang akan membekalkan bantuan kepada Ukraine, Israel dan Taiwan.

Penyokong rang undang-undang itu berhujah bahawa sebab utama AS menyokong kerajaan di Kiev adalah untuk menolak ancaman dari Rusia yang melangkaui Ukraine.