Robert Mugabe selamat dikebumi di kampung halaman

Astro Awani
September 29, 2019 00:45 MYT
Seorang paderi memimpin upacara pengebumian bekas presiden Robert Mugabe di kampung halamannya di Zvimba, Zimbabwe, kira-kira 100km barat laut Harare, 28 Sept, 2019. (Foto AP)
Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe selamat disemadi di tanah perkuburan di perkampungan tempat beliau dilahirkan di Kutama, barat Harare, pada Sabtu.
Mendiang disemadikan tiga minggu selepas meninggal dunia di Singapura 6 September lalu, pada usia 95 tahun.
Upacara pengkebumian itu tidak dihadiri ramai pihak, sebaliknya hanya melibatkan keluarga serta rakan rapat.
Keputusan untuk Mubage disemadikan di kampung halaman beliau di Kutama dibuat anggota keluarga mendiang.
Ia dicapai selepas beberapa minggu berlaku perbalahan kecil dengan kerajaan berhubung lokasi sepatutnya Mugabe dikebumikan.
BACA: Ini sebab mengapa Singapura jadi pilihan Robert Mugabe
BACA: Zimbabwe isytihar Robert Mugabe sebagai pahlawan negara
Sebelum ini, kerajaan mahu mayat Mugabe disemadi di tugu peringatan wira di ibu kota Harare, tetapi dibantah keluarga mendiang yang mahu dia dikebumi di tanah kelahirannya, juga dekat dengan mendiang ibunya, Bona.
Di Zimbabwe, sebahagian rakyat mengingatinya sebagai wira menentang penjajahan dan memerdekakan negara itu.
Manakala sebahagian lagi mengutuk pemerintahan kuku besi Mugabe selama 37 tahun, yang berakhir dengan rampasan kuasa pada 2017.
BACA: Ini 5 fakta berkenaan Robert Gabriel Mugabe
BACA: Rakyat Zimbabwe rai peletakan jawatan Mugabe
#Harare #kampung #kebumi #keluarga #Kutama #menentang penjajah #meninggal dunia #pemerintahan kuku besi #perbalahan #presiden #Robert Mugabe #Singapura #tugu peringatan wira #wira #Zimbabwe