awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roket China terhempas di Lautan Hindi

Astro Awani
Astro Awani
09/05/2021
03:42 MYT
Roket China terhempas di Lautan Hindi
Roket Long March 5B dilapor terhempas di Lautan Hindi. -AP
BEIJING: Roket keluaran negara China yang berada "di luar kawalan" dilapor telah jatuh di Lautan Hindi.
Lokasi terhempas difahamkan di barat daya India dan Sri Lanka, kata jurucakap negara China.
Sementara itu, Space-Track melalui akaun Twitternya mengesahkan perkara itu.
"@18SPCS mengesahkan CZ-5B (#LongMarch5B) (48275 / 2021-035B) masuk semula ke atmosfera pada 9 Mei di 0214Z dan terhempas ke Lautan Hindi di utara Maldives di latitud 22.2, longitud 50.0.
@18SPCS confirms that CZ-5B (#LongMarch5B) (48275 / 2021-035B) reentered atmosphere 9 May at 0214Z and fell into the Indian ocean north of the Maldives at lat 22.2, long 50.0. That's all we have on this re-entry; thanks for the wild ride and 30K more followers. Good night!
— Space-Track (@SpaceTrackOrg) May 9, 2021
BACA: Roket China diramal jatuh hari ini, lokasi terhempas belum dapat dipastikan
Roket Long March 5B, yang dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang pada 29 April lalu, ditugaskan untuk membawa modul pertama stesen angkasa masa depan China "Tianhe" ke orbit.
Ia kembali memasuki atmosfera pada jam 3.24 pagi waktu Britain, dengan sebahagian besar komponennya musnah ketika itu, lapor media China.
We believe the rocket went down in the Indian Ocean, but are waiting on official data from @18SPCS
— Space-Track (@SpaceTrackOrg) May 9, 2021
Terdahulu, agensi angkasa The Aerospace Corporation meramalkan roket Long March 5B, yang berketinggian sekitar 30 meter dengan berat 20 tan akan memasuki atmosfera bumi pada 9 Mei, jam 4.19 pagi waktu UTC (12.19 waktu Malaysia).
Our latest prediction for #LongMarch5B CZ-5B rocket body reentry is 09 May 2021 04:19 UTC ± 8 hours along the ground track shown here. Follow this page for updates: https://t.co/p2AU9zVEpA pic.twitter.com/rsE6yzcnHb
— The Aerospace Corporation (@AerospaceCorp) May 7, 2021
Beberapa lokasi disebut-sebut sebagai tempat ia dijangka terhempas.
Antaranya di tenggara AS, Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, Peru, Equador, Colombia, Venezuela, sebahagian Eropah Selatan, sebahagian besar Afrika Utara dan Tengah, Asia Barat, India Selatan dan Australia.
Topic Berkaitan
#Roket China
#di luar kawalan
#terhempas
#Lautan Hindi
#Long March 5B
#Tianhe
#stesen angkasa masa depan China
#Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan