awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran didakwa mahu berunding, angka korban protes cecah 599 – Trump
Penantian 15 tahun berakhir, pasangan dikurniakan cahaya mata hasil IVF tajaan TAFF
Kempen #MadaniMembantu dilancar, perkukuh usaha kerajaan bantu rakyat - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runding boleh, perang pun boleh – Iran beri isyarat tegas kepada AS

Agensi
Agensi
12/01/2026
22:40 MYT
Runding boleh, perang pun boleh – Iran beri isyarat tegas kepada AS
Araghchi memberi amaran bahawa Iran kekal bersiap sedia untuk berperang, namun menolak serangan awal. - Gambar fail AP
TEHRAN: Iran sekali lagi menegaskan kesediaannya untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berasaskan “saling menghormati dan kepentingan bersama”, kata Menteri Luar, Abbas Araghchi pada Isnin.
“Seperti yang saya nyatakan berulang kali, kami juga bersedia untuk berunding - tetapi rundingan yang adil dan bermaruah dari kedudukan setara, dengan saling menghormati dan berasaskan kepentingan bersama,” katanya ketika berucap kepada kumpulan diplomat asing dalam satu pertemuan yang disiarkan televisyen di Tehran, ketika negara itu memasuki minggu ketiga protes ganas.
Kenyataan itu hadir selepas Presiden AS, Donald Trump mendakwa Iran telah “menghubungi untuk berunding”, ketika pentadbirannya menimbang pilihan ketenteraan terhadap Tehran susulan demonstrasi yang melanda negara itu.
Jurucakap Kementerian Luar, Esmail Baghaei kemudian memaklumkan, saluran komunikasi antara Araghchi dan Utusan Khas AS, Steve Witkoff “masih terbuka” dan “mesej akan disampaikan bila perlu.”
Beliau turut mengesahkan “beberapa cadangan dan idea telah dikemukakan pihak AS.”
Dalam masa sama, Araghchi memberi amaran bahawa Iran kekal bersiap sedia untuk berperang, namun menolak serangan awal.
“Kami tidak mahu perang, tetapi kami sepenuhnya bersedia - malah lebih bersedia berbanding sebelum perang yang lalu,” tegasnya.
“Sebabnya jelas: cara terbaik mengelak perang ialah bersiap sedia, supaya musuh tidak sekali lagi membuat salah perkiraan.”
Untuk rekod, AS sebelum ini terlibat dalam rundingan tidak langsung dengan Iran berhubung program nuklear negara itu dengan beberapa pusingan perbincangan awal 2025 sebelum Israel melancarkan serangan mengejut berskala besar ke atas Iran.
Washington kemudian turut menyertai konflik dengan melancarkan serangan ke atas tapak nuklear utama.
Tehran menolak tuntutan pentadbiran Trump supaya menghentikan sepenuhnya pengayaan uranium dan menerima had ke atas program peluru berpandu. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Iran
#Iran sedia perang
#rundingan damai
#isyarat Iran
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami