PARTI Konservatif yang diketuai Theresa May telah mengadakan rundingan dengan Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara awal pagi Isnin.

Hasil rundingan tersebut, kerajaan minoriti pimpinan May telah bersetuju memberikan peruntukan tambahan kepada Ireland Utara bernilai 1 bilion pound.

Sebahagian besar wang itu akan dibelanjakan dalam tempoh dua tahun akan datang, namun terdapat dua komitmen yang diberikan untuk tempoh lima tahun.

Berikut merupakan butirannya:
* Lebih 400 juta pound untuk infrastruktur selama dua tahun;
* Tambahan 150 juta pound untuk jalur lebar selama dua tahun;
* Tambahan lebih 100 juta pound selama dua tahun untuk kesihatan dan pendidikan;
* Tambahan lebih 200 juta pound selama dua tahun bagi transformasi perkhidmatan kesihatan;
* Lebih 100 juta pound selama lima tahun bagi menangani kemiskinan; dan
* Tambahan 50 juta pound selama lima tahun bagi kesihatan mental.



Perjanjian itu juga mengatakan bahawa sebarang wang yang tersisa daripada peruntukan untuk pendidikan dan perumahan akan digunakan secara "fleksibel".