awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan damai tiga pihak bermula di ibu negara Myanmar

Bernama
Bernama
15/10/2018
10:24 MYT
Rundingan damai tiga pihak bermula di ibu negara Myanmar
Rundingan empat hari itu adalah bertujuan mengatasi kekangan yang berlaku di pelbagai peringkat perbincangan politik.
Rundingan damai tiga pihak membabitkan para pegawai kerajaan, tentera dan 10 organisasi etnik bersenjata (EAO) yang menandatangani Perjanjian Gencatan Senjata Seluruh Negara (NCA), bermula di sini pada Isnin bagi menyelesaikan isu-isu sedia ada menerusi perbincangan.
Rundingan empat hari itu, sempena ulang tahun ketiga pemeteraian NCA, adalah bertujuan mengatasi kekangan yang berlaku di pelbagai peringkat perbincangan politik, menurut agensi berita China Xinhua.
Acara itu diadakan tiga bulan selepas sesi ketiga Persidangan Damai Panglong Abad ke-21 Myanmar pada Julai.
Antara hadirin dalam kalangan kepimpinan kerajaan pada upacara pembukaan ialah Penasihat Negara Aung San Suu Kyi, Panglima Perkhidmatan Pertahanan Sen-Gen Min Aung Hlaing dan Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Kayin (KNU) Saw Mutu Sae Poe, yang mewakili 10 penandatangan NCA bagi pihak EAO. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Myanmar
#NCA
#rundingan damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan