awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung berapi di Kamchatka hambur abu setinggi 11.5km, amaran merah dikeluarkan
JKR Kelantan kesan tiga projek sakit
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan AS, Iran di Istanbul dijangka buka laluan keamanan kekal di Asia Barat - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
03/02/2026
13:30 MYT
Rundingan AS, Iran di Istanbul dijangka buka laluan keamanan kekal di Asia Barat - Penganalisis
Perbincangan itu sebagai sebahagian usaha untuk membuka semula rundingan diplomatik susulan ketegangan yang kian meningkat di rantau itu. - Gambar Adobe Stock
KUALA LUMPUR: Rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang dijadualkan berlangsung di Istanbul pada Jumaat dijangka membuka ruang kepada keamanan berkekalan di seluruh rantau Asia Barat.

Ringkasan AI
  • Rundingan ASIran di Istanbul dijangka beri ruang kepada keamanan Asia Barat, meskipun pendekatan diplomasi paksaan Trump dianggap keras.Tuntutan AS terhadap Iran melibatkan penghentian program pengayaan uranium, penyerahan stok uranium, dan had program peluru berpandu, namun Iran dijangka tidak akur sepenuhnya.Iran sedang menimbang syarat untuk menyambung rundingan dengan sokongan beberapa negara Arab sebagai perantara awal.

Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam memberi kredit kepada tindakan Presiden AS, Donald Trump, yang menggunakan kaedah diplomasi paksaan untuk membolehkan rundingan berkenaan dijayakan.
“Saya fikir peperangan ini bukan jalan yang terbaik. Walaupun Trump keluarkan pelbagai kata-kata yang bersifat memaksa dan amaran, beliau tetapi berikan ruang sehingga dua minggu untuk satu perbincangan dan persetujuan dicapai.
“Oleh itu, perbincangan di Istanbul nanti merupakan detik yang penting agar semua isu yang dituntut itu dapat diberikan perhatian, seterusnya peperangan dapat dielakkan. Ini mungkin satu perkembangan geopolitik yang sangat penting di rantau Asia Barat, walaupun ia keras dan tidak disenangi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berpandangan, rundingan itu dijangka sukar mencapai kata sepakat memandangkan AS menuntut Iran mengurangkan penguasaan terhadap program nuklearnya.
“Pertama, AS mahu Iran hentikan program pengayaan uranium. Kedua, AS mahu Iran serahkan 400kg uranium dan tahap kecairan uranium diperkaya diturunkan daripada 60 peratus kepada 20 peratus, seterusnya diletakkan bawah kawalan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan AS.
“Ketiga, AS mahu Iran hentikan program peluru berpandu balistik, tetapi realitinya kita faham bahawa uranium merupakan satu-satunya kelebihan yang dimiliki Iran dan saya tidak fikir Iran akan tunduk kepada semua tuntutan tersebut,” ujarnya.
Reuters pada Selasa melaporkan AS dan Iran dijangka mengadakan rundingan berkaitan perjanjian nuklear pada Jumaat.
Pada masa yang sama, Trump mengeluarkan amaran tegas kepada Tehran supaya tidak memilih untuk berkonfrontasi.
Perbincangan itu dijadual berlangsung di Istanbul, antara utusan khas AS, Steve Witkoff dan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, sebagai sebahagian usaha untuk membuka semula rundingan diplomatik susulan ketegangan yang kian meningkat di rantau itu.
Pegawai Iran berkata, Tehran sedang menimbang terma untuk memulakan semula perbincangan dan memberi isyarat keyakinan bahawa rundingan boleh dijalankan, dengan sokongan beberapa negara Arab sebagai perantara pada peringkat awal.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#IAEA
#Iran
#nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami