Susulan insiden serangan di Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Libya, rundingan masih berjalan untuk hari kedua selepas kumpulan bersenjata menguasai bangunan utama di Libya.

Serentak itu Perdana Menteri Ali Zidan memberi amaran situasi keselamatan masih lagi rapuh dan menjejaskan orang awam menjalani rutin biasa mereka.

Beliau mengulas tindakan 200 lelaki bersenjata yang menggempur bangunan kementerian luar di Tripoli.

Kumpulan bersenjata itu mendesak supaya bekas pejuang yang membantu menyingkirkan Muammar Gadafi diambil bertugas.

Mereka terdiri daripada penyokong rejim lama dan masih memegang kedudukan kanan di kementerian dan misi luar negara.

Dua tahun selepas perang saudara Libya masih bergelut untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan selain menyatu padukan kumpulan militia terdiri daripada penyokong Muamar.

Kumpulan bersenjata itu bukan sahaja menggempur kementerian luar tetapi juga mengepung kementerian dalam negeri memaksa polis dan kakitangannya menyelamatkan diri.

Mereka turut menyerang Stesen Televisyen Al-Wataniya sekali gus mendorong rancangan siaran langsung dibatalkan.

Stesen juga ditutup sementara kerana serangan itu.