awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan semula perjanjian nuklear Iran hampir muktamad

Agensi
Agensi
27/03/2022
04:52 MYT
Rundingan semula perjanjian nuklear Iran hampir muktamad
Rundingan semula perjanjian nuklear Iran melalui Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) 2015 kini hampir dimuktamadkan. - Gambar fail
TEHRAN: Rundingan semula perjanjian nuklear Iran melalui Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) 2015 kini hampir dimuktamadkan.
Menteri Luar Iran, Hossein Amir Abdollahian berkata, ketika ini, beberapa isu sedang diselesaikan termasuk usaha menarik balik sekatan terhadap individu dan entiti yang dikenakan Amerika Syarikat.
Hossein berkata, usaha mengeluarkan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) daripada senarai Organisasi Pengganas Asing Amerika Syarikat adalah rundingan yang paling sukar.
Katanya lagi, potensi hasil rundingan di Vienna tidak akan melangkaui skop dan rangka kerja perjanjian nuklear 2015.
Beliau juga mengulangi kenyataan bahawa rundingan itu telah mencapai kemajuan besar dalam menarik balik sekatan A.S.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah dan Koordinator rundingan nuklear, Enrique Mora tiba di Iran pada Sabtu bagi membantu Tehran dan Washington untuk memuktamadkan rundingan.
Rundingan itu dilaporkan berada pada peringkat 95 peratus selesai, dan baki 5 peratus berada di peringkat perbincangan paling kritikal.
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#Washington
#Rundingan perjanjian nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan