Skip to main content

Dunia

Runtuhan terowong di India ragut 10 nyawa, 15 masih terperangkap

Breaking: A tunnel collapse in Sikkim due to methane gas burst has claimed 10 lives, with around 25 workers feared trapped. 💔 condolences to the bereaved families. Praying for the safe rescue of those trapped & a speedy recovery for the injured.
Kejadian dilaporkan berlaku di negeri Sikkim melibatkan projek jana kuasa kendalian kerajaan persekutuan di kawasan tebing Sungai Teesta. -Foto X @Adarsh4BJP
Advertisement

GUWAHATI: Sekurang-kurangnya 10 pekerja disahkan maut manakala 15 lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan terowong di sebuah tapak projek hidroelektrik di timur laut India pada Selasa.

Kejadian dilaporkan berlaku di negeri Sikkim melibatkan projek jana kuasa kendalian kerajaan persekutuan di kawasan tebing Sungai Teesta.

Pengarah Lembaga Pengurusan Bencana Negeri Sikkim, Rajiv Roka, berkata pihak berkuasa menganggarkan antara 25 hingga 27 pekerja berada di dalam terowong berkenaan ketika insiden berlaku pada petang Isnin.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada letupan gas metana di bahagian dalam struktur terowong yang mencetuskan runtuhan batuan serta gelongsoran tanah sehingga menutup laluan keluar.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdepan kesukaran berikutan kebocoran gas metana yang berbahaya daripada formasi batuan bawah tanah di pekarangan struktur berkenaan.

Kehadiran gas tersebut mengehadkan pergerakan pasukan penyelamat, sekali gus menyebabkan hanya anggota yang dilengkapi peralatan oksigen dan topeng gas khas dibenarkan memasuki lokasi runtuhan.

Bagi mengurangkan risiko kejadian susulan, pasukan pakar yang berpengalaman dalam pengendalian kemalangan sektor perlombongan bersama anggota dan aset Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) telah dikerahkan ke lokasi bagi membantu usaha menyelamat pekerja yang masih terperangkap.

 

Must Watch Video

Advertisement