Skip to main content

Teknologi

Arab Saudi pertimbang ambil alih Unity Software dalam urus niaga AS$25 bilion

Sekiranya dimuktamadkan, urus niaga itu akan menyaksikan konsortium pelabur global yang turut disertai firma ekuiti swasta Amerika Syarikat, Silver Lake Partners, membeli baki saham Unity yang masih berada di pasaran dan menjadikannya syarikat persendirian. -Foto Amanz
Sekiranya dimuktamadkan, urus niaga itu akan menyaksikan konsortium pelabur global yang turut disertai firma ekuiti swasta Amerika Syarikat, Silver Lake Partners, membeli baki saham Unity yang masih berada di pasaran dan menjadikannya syarikat persendirian. -Foto Amanz
Advertisement

RIYADH: Arab Saudi menerusi Dana Pelaburan Awam (PIF) dilaporkan sedang mengadakan perbincangan awal untuk mengambil alih Unity Software, syarikat penyedia perisian pembangunan permainan video yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menurut Amanz yang memetik Reuters, perbincangan sulit yang berlangsung sejak beberapa minggu lalu itu melibatkan cadangan pengambilalihan bernilai sekitar AS$25 bilion (kira-kira RM109.8 bilion).

Sekiranya dimuktamadkan, urus niaga itu akan menyaksikan konsortium pelabur global yang turut disertai firma ekuiti swasta Amerika Syarikat, Silver Lake Partners, membeli baki saham Unity yang masih berada di pasaran dan menjadikannya syarikat persendirian.

Advertisement

Bagaimanapun, sumber yang mengetahui perkara itu berkata tiada keputusan muktamad dicapai setakat ini.

Pada masa sama, pengurusan Unity dilaporkan bekerjasama dengan sebuah bank pelaburan bagi menilai pelbagai pilihan strategiknya.

Advertisement

Langkah terbaharu itu dilihat selaras dengan usaha Arab Saudi di bawah agenda Visi 2030 untuk mengembangkan pelaburan dalam sektor teknologi, permainan video dan e-sukan di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada strategi mempelbagaikan ekonominya, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap hasil minyak.

Must Watch Video

Advertisement