awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia-AS adakan perbincangan secara tertutup di Arab Saudi

Bernama
Bernama
24/03/2025
09:12 MYT
Rusia-AS adakan perbincangan secara tertutup di Arab Saudi
Rundingan itu dijangka tertumpu kepada perincian kemungkinan penyambungan semula inisiatif berkaitan keselamatan pelayaran di Laut Hitam.
RIYADH: Rundingan antara delegasi Amerika Syarikat (AS) dan Rusia di Riyadh akan diadakan secara tertutup, menurut koresponden RIA Novosti pada Isnin.
Rundingan telah pun bermula, lapor penyiar Al Arabiya awal hari itu. Koresponden RIA Novosti mengesahkan bahawa delegasi Rusia telah tiba di lokasi rundingan di hotel Ritz-Carlton.
Pegawai perkhidmatan keselamatan negara Arab Saudi meminta wartawan dan individu lain meninggalkan kawasan hotel serta tidak merakam foto atau video. Anggota keselamatan yang menaiki kenderaan ditempatkan di seluruh kawasan hotel, dan kemasukan ke dalam bangunan itu dilarang sama sekali, menurut laporan koresponden RIA Novosti.
Delegasi Rusia tiba di Arab Saudi pada Ahad. Rusia diwakili Grigory Karasin, ketua jawatankuasa hal ehwal luar dewan tinggi Rusia, dan Sergei Beseda, penasihat kepada pengarah Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB).
Rundingan itu dijangka tertumpu kepada perincian kemungkinan penyambungan semula inisiatif berkaitan keselamatan pelayaran di Laut Hitam, yang dibincangkan semasa panggilan telefon terakhir antara presiden Rusia dan AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rundingan
#Amerika Syarikat
#Rusia
#perbincangan tertutup
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan