MOSCOW: Rusia memberi amaran akan menggunakan 'bom berangkai' dan berhak menggunakannya sekiranya senjata bom itu digunakan Ukraine terhadap tenteranya.
Dalam hal ini, Presiden Rusia Vladimir Putin tegaskan, Moscow akan bertindak balas dengan cara yang sepatutnya jika perlu.
Pada Khamis, Ukraine mengesahkan telah menerima bom berangkai daripada Amerika Syarikat (AS).
Senjata itu diperlukan untuk mengimbangi kekurangan peluru yang dihadapi Kiev ketika mereka melancarkan serangan balas.
Bom berangkai diharamkan di lebih 100 negara kerana mengeluarkan sejumlah besar bom kecil yang boleh membunuh di kawasan yang luas.
Sebahagiannya gagal meletup dan boleh mendatangkan bahaya selama beberapa dekad terutamanya kepada kanak-kanak.
Kiev berkata, ia akan menggunakan bom berangkai untuk mengusir tentera musuh apabila cuba merampas kembali wilayahnya sendiri, tetapi tidak akan menggunakannya di wilayah Rusia.
Sementara itu, Putin berkata, beliau menganggap penggunaan bom berangkai sebagai satu jenayah dan setakat ini Rusia tidak perlu menggunakannya.
Pemerhati hak asasi manusia berkata, masing-masing Moscow dan Kiev telah menggunakan peluru berangkai.
Rusia, Ukraine dan AS belum menandatangani konvensyen mengenai bom berangkai yang melarang pengeluaran, penyimpanan, penggunaan dan pemindahannya.
Astro Awani
Sun Jul 16 2023
Presiden Rusia Vladimir Putin tegaskan, Moscow akan bertindak balas dengan cara yang sepatutnya jika perlu. - Foto fail/REUTERS
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Rusia beri amaran akan guna bom berangkai di Ukraine
Rusia memberi amaran akan menggunakan bom berangkai dan berhak menggunakannya sekiranya senjata bom itu digunakan Ukraine.
Anggota Demokrat kecam keputusan Biden bekal bom berangkai ke Ukraine
Sekumpulan anggota Demokrat mengecam keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat untuk membekalkan bom berangkai kepada Ukraine kerana ia "melemahkan" kuasa moral Washington, lapor