Skip to main content

Malaysia

Bekas PTD, isteri terima 45 dokumen kes pengubahan wang haram

KUALA LUMPUR, 18 Mei -- Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang menghadapi pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram hadir bagi prosiding sebutan kes di Mahkamah Sesyen hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang menghadapi pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram hadir bagi prosiding sebutan kes di Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 45 jenis dokumen termasuk rakaman percakapan dan penyata akaun bank diserahkan kepada pihak pembelaan dalam kes bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isterinya, Salwani Anuar @ Kamaruddin yang menghadapi pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat semasa prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Menurut Mahadi, serahan dokumen dibuat mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah dan pihak pendakwaan menganggarkan tiga set dokumen akan diserahkan secara berperingkat kepada pihak pembelaan.

Beliau berkata, pihak pendakwaan memohon tempoh antara sebulan hingga dua bulan bagi melengkapkan serahan dokumen seterusnya kepada pihak pembelaan.

Peguam Aizul Rohan Anuar dan Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan suami isteri itu mengesahkan telah menerima dokumen berkenaan.

Kes melibatkan bekas PTD itu akan diteruskan dengan prosiding selanjutnya selepas proses serahan dokumen kepada pihak pembelaan selesai.

Must Watch Video