awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia hadkan bekalan gas ke Moldova mulai Rabu

Bernama
Bernama
29/12/2024
02:20 MYT
Rusia hadkan bekalan gas ke Moldova mulai Rabu
Gazprom turut menjelaskan bahawa sekatan itu akan kekal sehingga Moldovagaz mengeluarkan notis bertulis rasmi untuk meminta langkah itu ditarik balik. - Foto REUTERS
MOSCOW: Gazprom, syarikat tenaga milik negara Rusia pada Sabtu mengumumkan bahawa ia akan menghentikan bekalan gas asli ke Moldova bermula 1 Jan, atas alasan pelanggaran kontrak dan pertikaian pembayaran yang belum diselesaikan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Dalam satu kenyataan, Gazprom menuduh pengendali gas Moldova, Moldovagaz gagal memenuhi kewajipan pembayaran secara berulang kali, yang disifatkan sebagai pelanggaran besar perjanjian.
"Oleh kerana pihak Moldova enggan menyelesaikan tunggakan pembayaran bekalan gas, Gazprom PJSC secara rasmi memaklumkan kepada Moldovagaz mengenai keputusan untuk mengehadkan penghantaran gas asli kepada Moldova kepada sifar meter padu sehari, berkuat kuasa pada 8.00 pagi waktu Moscow (GMT0500) pada 1 Jan 2025," kata syarikat itu.
Gazprom turut menjelaskan bahawa sekatan itu akan kekal sehingga Moldovagaz mengeluarkan notis bertulis rasmi untuk meminta langkah itu ditarik balik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gazprom
#Moldovagaz
#henti bekalan gas
#pertikaian pembayaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan