Rusia lancar peluru berpandu hipersonik 'Oreshnik' ke atas Ukraine

Peluru berpandu balistik jarak pertengahan itu digunakan bersama ratusan dron dan peluru berpandu lain dalam serangan menyasarkan infrastruktur tenaga dan kemudahan pengeluaran dron di Kyiv dan Lviv.
-Gambar fail/AP
KYIV: Rusia melancarkan peluru berpandu hipersonik baharu dikenali sebagai Oreshnik dalam serangan besar-besaran ke atas Ukraine, menjadikannya kali pertama senjata canggih itu digunakan dalam konflik sebenar, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
Ringkasan AI
- Rusia menggunakan peluru berpandu hipersonik bernama Oreshnik dalam serangan besar-besaran ke Ukraine, menyebabkan kematian empat orang dan lebih 20 cedera.
- Peluru berpandu itu digunakan bersama dron dan peluru lain untuk menyerang infrastruktur tenaga dan kemudahan pengeluaran dron di Kyiv dan Lviv.
- Penggunaan senjata hipersonik ini dipandang sebagai ancaman besar oleh Ukraine dan Presiden Zelenskyy menyeru komuniti antarabangsa untuk bertindak tegas terhadap Rusia.
“Oreshnik merupakan sistem peluru berpandu mudah alih berasaskan darat yang berupaya membawa beberapa kepala peledak dan boleh dilengkapi dengan muatan konvensional atau nuklear,” menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia yang dipetik oleh media antarabangsa.
Walaupun lokasi sasaran tidak didedahkan, laporan media tempatan dan penganalisis ketenteraan menyatakan peluru berpandu itu dipercayai menyasarkan kemudahan penyimpanan gas bawah tanah di wilayah barat Lviv, kira-kira 60 kilometer dari sempadan Poland, anggota NATO dan Kesatuan Eropah.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menyifatkan penggunaan senjata baharu itu sebagai “ancaman besar terhadap keselamatan Eropah” dan mendakwa Rusia menjadikan Ukraine medan ujian senjata strategik.
“Penggunaan peluru berpandu hipersonik berhampiran sempadan NATO adalah tindakan provokatif yang memerlukan tindak balas tegas daripada komuniti antarabangsa,” katanya sambil menggesa sekutu Barat meningkatkan tekanan terhadap Moscow.
Peluru berpandu hipersonik seperti Oreshnik mampu terbang lebih lima kali ganda kelajuan bunyi dan sukar dipintas oleh sistem pertahanan udara konvensional, menjadikannya senjata strategik berisiko tinggi.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada NATO atau Amerika Syarikat, namun penganalisis menjangkakan isu ini akan dibincangkan dalam mesyuarat keselamatan serantau akan datang.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah senjata hipersonik baharu yang digunakan Rusia dalam serangan ke atas Ukraine? A: Senjata hipersonik baharu yang digunakan Rusia ialah peluru berpandu Oreshnik.
- Q: Berapakah bilangan orang yang dikatakan terkorban dan cedera akibat serangan peluru berpandu tersebut? A: Serangan tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan lebih 20 yang lain menurut pihak berkuasa Ukraine.
- Q: Apa yang menyebabkan Presiden Ukraine menganggap penggunaan senjata hipersonik sebagai ancaman besar terhadap keselamatan Eropah? A: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menganggap penggunaan senjata hipersonik sebagai ancaman besar terhadap keselamatan Eropah kerana ia dianggap sebagai tindakan provokatif yang memerlukan tindak balas tegas daripada komuniti antarabangsa.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

