awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia saran rakyatnya henti perjalanan ke Kanada

Agensi
Agensi
23/04/2023
10:01 MYT
Rusia saran rakyatnya henti perjalanan ke Kanada
Rusia dilaporkan menyarankan rakyatnya untuk mengelakkan melakukan perjalanan ke Kanada, baru-baru ini. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Rusia dilaporkan menyarankan rakyatnya untuk mengelakkan melakukan perjalanan ke Kanada, baru-baru ini.
Memetik Arab News, Kementerian Luar Rusia memaklumkan ini berikutan tindakan diskriminasi terhadap rakyat Rusia termasuk keganasan fizikal.
"Berikutan banyak kes diskriminasi terhadap warga Rusia... di Kanada, termasuk keganasan fizikal, kami syorkan agar anda tidak melawat negara ini untuk tujuan pelancongan, pendidikan dan dalam konteks perhubungan perniagaan," kata Kementerian Luar Rusia Rusia dalam sebuah arahan dikeluarkan pada Sabtu.
Terdahulu, Kanada merupakan salah sebuah negara yang menyokong Ukraine dalam krisis menentang tentera Rusia.
Negara itu juga mengenakan sekatan ke atas ratusan pegawai dan syarikat Rusia, serta melaksanakan pelbagai larangan perdagangan.
“Jika anda sudah berada di Kanada, kami menyeru anda supaya berwaspada, terutamanya di tempat awam,” tambah arahan yang dipaparkan di saluran utama Telegram kementerian pada Sabtu.
Sementara itu, Kementerian Luar Kanada masih belum mengulas sebarang kenyataan tambahan pada ketika ini.
Minggu lalu, Rusia melakukan sekatan ke atas 333 pegawai dan tokoh awam Kanada, termasuk ahli sukan Olimpik terkenal, sebagai tindak balas atas sekatan Kanada terhadap Moscow dan sokongan terhadap Ukraine.
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#Rusia
#Ukraine
#Kanada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan