awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia sekat eksport petrol dan diesel

Bernama
Bernama
22/09/2023
08:00 MYT
Rusia sekat eksport petrol dan diesel
Langkah sekatan itu diambil ekoran kenaikan mendadak harga bahan api di Rusia. - Gambar fail
MOSCOW: Rusia menghentikan eksport petrol dan diesel pada Khamis berkuat kuasa serta-merta bagi menstabilkan pasaran bahan api domestik, lapor agensi berita dpa.
Arahan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Mikhail Mishustin itu merupakan langkah sementara, tetapi tiada tarikh tamat diberikan.
"Sekatan sementara akan membantu memenuhi pasaran bahan api, yang seterusnya akan membolehkan penurunan harga untuk pengguna," kata kerajaan dalam kenyataan di Moscow.
Hanya beberapa pengecualian dibenarkan, termasuk bekalan yang dipersetujui negara itu dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia yang didominasi Moscow, termasuk negara seperti Kazakhstan dan Belarus, lapor agensi berita Interfax.
Langkah itu diambil ekoran kenaikan mendadak harga bahan api di Rusia. Di sesetengah wilayah, bekalan petrol dan diesel semakin berkurangan, terutama di selatan negara itu yang memerlukannya untuk pertanian.
Kerajaan sebelum ini cuba meningkatkan jumlah bahan api yang didagangkan di bursa domestik. Ia juga memantau harga, khususnya yang perlu dibayar oleh pengguna pertanian.
Rusia masih menjadi antara pengeksport utama petrol dan diesel walaupun berlaku sekatan Barat ekoran perangnya terhadap Ukraine.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Rusia
#larangan eksport diesel
#petrol
#Ukraine
#bahan api
#Mikhail Mishustin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan