JAKARTA: Rusia bersetuju dengan resolusi yang diterima semasa Sidang Kemuncak Tergempar Negara Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi khususnya dalam menangani situasi di Gaza, menurut Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.
Perkara itu diputuskan selepas perbincangan terbuka mengenai isu Gaza di antara wakil-wakil khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov di Moscow pada Selasa.
Retno juga menyambut baik langkah Rusia yang menerima baik lawatan menteri-menteri luar OIC itu.
Retno yang kini berkhidmat sebagai utusan khas bersama-sama menteri dari Arab Saudi, Jordan, Mesir, Qatar, Turkiye, Nigeria dan Palestin, menyuarakan hasratnya untuk memulakan tindakan segera di peringkat antarabangsa bagi pihak OIC dan anggota Liga Arab.
Semasa pertemuan dengan Lavrov, delegasi itu menekankan pengiktirafan global terhadap isu Gaza dan kepentingan untuk pendirian yang adil.
"Adalah penting untuk mengambil tindakan supaya keganasan dapat dihentikan, gencatan senjata dapat dicapai dan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan dengan lancar atau tanpa halangan.
"Oleh itu, sokongan daripada pelbagai negara amat diperlukan terutamanya anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk Rusia," katanya.
Perbincangan turut meliputi langkah-langkah bagi 'penyelesaian dua negara', potensi penganjuran Persidangan Antarabangsa mengenai Keamanan di Palestin dan serangan Israel ke atas Hospital Indonesia.
Retno menegaskan bahawa menteri-menteri luar OIC mengecam serangan Israel di Gaza, menolak alasan 'mempertahankan diri' Israel sebagai tidak boleh diterima, terutamanya apabila ia melibatkan pembunuhan orang awam dan menyerang kemudahan awam.
Mengenai isu terputus hubungan dengan tiga warga Indonesia di Gaza, beliau menyebut usaha sedang dibuat untuk mengatasi masalah itu.
Retno kini berada di London bersama rakan sejawat dari Arab Saudi, Jordan, Mesir dan Palestin.
Mereka dijadual bertemu dengan Setiausaha Luar David Cameroon sebelum ke Paris untuk bertemu dengan Presiden Macron.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Retno (dua dari kanan) berkata, perkara itu diputuskan selepas perbincangan terbuka mengenai isu Gaza di antara wakil-wakil khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Menteri Luar Rusia. - Sinar Harian
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Malaysia sentiasa sokong penyertaan Timor Leste dalam ASEAN - Xanana Gusmao
Malaysia merupakan negara yang menyatakan sokongan kepada Timor Leste untuk menyertai blok ASEAN.
Malaysia sumbang RM1.5 juta bantuan kemanusiaan kepada Lubnan
Malaysia menghulurkan sokongannya kepada Lubnan melalui sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusiaan, menekankan solidariti berterusan negara dengan rakyat Lubnan dan usaha membina keamanan.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Selangor sedia bekerjasama dengan pemain industri manfaatkan AI - Menteri Besar
Selangor bersedia bekerjasama erat dengan pihak industri untuk memanfaatkan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dalam usaha meningkatkan produktiviti pekerja serta kecekapan pentadbiran.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
China sokong permohonan negara selatan global sertai BRICS
Xi Jinping berkata, gelombang pemodenan negara selatan global yang sedang berlaku sekarang adalah satu fenomena.
Konflik Asia Barat: BRICS pelawa semua negara jayakan agenda keamanannya
Xi Jinping berkata, adalah penting untuk memajukan agenda keamanan BRICS demi mempertahankan keselamatan bersama.
Mesir seru penyelesaian mata wang tempatan dalam kalangan negara BRICS
Mesir menegaskan kepentingan memajukan kerangka kerjasama dalam bidang penyelesaian kewangan menggunakan mata wang tempatan.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 buka tirai
Acara bermula dengan PM Laos dan isteri sambut kedatangan ketua-ketua negara ASEAN di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC).
Pasaran modal penting dalam peralihan dan penyesuaian iklim - SC
Pasaran modal boleh menjadi pemangkin utama peralihan dalam peralihan dan penyesuaian iklim dengan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama seperti tenaga boleh baharu.