awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia 'takut' TikTok? Desak kandungan ketenteraan disekat dari pengguna bawah umur

Agensi
Agensi
01/03/2022
10:10 MYT
Rusia 'takut' TikTok? Desak kandungan ketenteraan disekat dari pengguna bawah umur
Roskomnadzor mengenal pasti kandungan yang berkaitan operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine, dan kebanyakannya bersifat anti-Rusia.
PENGAWAL selia komunikasi Rusia pada Isnin mendesak TikTok supaya berhenti mencadangkan kandungan berkaitan ketenteraan kepada pengguna bawah umur, menerusi satu pengumuman yang dihantar di Telegram.
Reuters melaporkan, badan kawal selia Roskomnadzor berkata, pihaknya telah mengenal pasti kandungan di aplikasi perkongsian video itu yang berkaitan dengan ‘operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine’, dan kebanyakan daripadanya adalah bersifat anti-Rusia.
Rusia, yang pernah menyaman firma teknologi dan menyekat perkhidmatan di negara itu ketika perbalahan dengan platform Big Tech, kini meningkatkan tekanan ke atas laman tersebut seiring konflik yang berlangsung.
Jurucakap TikTok pada Isnin juga mengesahkan bahawa pihaknya telah menyekat akses kepada syarikat media Rusia, RT dan Sputnik di seluruh Kesatuan Eropah (EU), selepas organisasi itu terjejas akibat sekatan oleh EU.
Pemilik Facebook, Meta Platforms Inc juga menghalang akses kepada dua organsisasi media berkenaan.
TikTok popular dalam kalangan pengguna muda dan juga memiliki versi yang menyasarkan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.
Masih belum jelas tentang maksud pengawal selua Rusia yang menyatakan TikTok mempromosikan kandungan khusus untuk golongan itu. Syarikat itu baru-baru ini memberitahu fungsi kandungan berdasarkan umur sedang diuji cuba.
TikTok, yang dimiliki syarikat gergasi teknologi China, ByteDance, masih belum memberi maklum balas tentang desakan Roskomnadzor.
Aplikasi itu, yang awalnya dikenali dengan video yang memaparkan trend suai bibir (lip-sync) dan gerak tari tular, telah digunakan untuk mendokumentasi dan menyebarkan berita berhubung serangan Rusia di Ukraine. Ia juga didakwa menjadi wadah untuk menyebarkan rakaman video yang tidak benar tentang konflik berkenaan.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#TikTok
#pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan