Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 5.7 magnitud landa Nevada AS

gempa
Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud melanda utara Nevada pada petang Isnin, menurut Kajian Geologi (USGS) Amerika Syarikat (AS). - Foto hiasan

LOS ANGELES:  Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud melanda utara Nevada pada petang Isnin, menurut Kajian Geologi (USGS) Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Gempa bumi berlaku pada 6.29 petang waktu tempatan (0129 GMT Selasa), kira-kira 20 kilometer (km) tenggara Silver Springs di Lyon County, mencetuskan pemberitahuan ShakeAlert di seluruh wilayah.

Advertisement

Gegaran dirasai oleh penduduk di bahagian utara Nevada serta kawasan berhampiran California.

Tiada kerosakan atau kecederaan ketara dilaporkan setakat ini, kata pihak berkuasa Lyon County dalam kenyataan di laman web daerah itu.

"Pengurusan Kecemasan Daerah Lyon segera mengaktifkan usaha penyelarasan dengan agensi keselamatan awam tempatan, utiliti, sekolah daerah dan kemudahan penjagaan kesihatan.

“Pada masa ini, tiada kerosakan besar dilaporkan berlaku pada infrastruktur kritikal termasuk hospital, sekolah, sistem pengangkutan atau perkhidmatan utiliti," menurut kenyataan itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan tindak balas akan terus menjalankan penilaian kerosakan menyeluruh di seluruh daerah dalam beberapa hari akan datang.

USGS melaporkan beberapa siri gegaran susulan dengan magnitud antara 2.5 hingga 3.6.

Pejabat Pengurusan Kecemasan Nevada menyatakan gempa bumi susulan sering berlaku sambil menambah bahawa gegaran susulan adalah "normal dan dijangka."

"Jika anda merasakan tanah bergegar lagi, jangan lari ke luar," nasihat agensi itu.

-- BERNAMA-XINHUA 

 

Must Watch Video