Skip to main content

Dunia

Suspek serang kediaman CEO OpenAI didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh

OpenAI CEO Sam Altman addresses the gathering at the AI Impact Summit, in New Delhi, India, February 19, 2026. REUTERS/Bhawika Chhabra
Suspek yang didakwa melemparkan bom molotov ke arah kediaman CEO OpenAI Sam Altman berdepan pertuduhan cubaan membunuh dan khianat dengan api. - Gambar fail/Reuters

ISTANBUL: Suspek yang didakwa melemparkan bom molotov ke arah kediaman Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI Sam Altman kini berdepan pertuduhan cubaan membunuh dan khianat dengan api, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa pada Isnin.

Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Kash Patel berkata menerusi platform media sosial X bahawa biro itu pada Jumaat menahan Daniel Moreno-Gama selepas serbuan di kediamannya di Texas.

Advertisement

Dalam sidang media pada Isnin, pemangku ejen khas FBI bagi San Francisco, Matt Cobo berkata serangan itu “dirancang, disasarkan dan amat serius.” 

Jabatan Kehakiman AS turut mendakwa Moreno-Gama memiliki dokumen tiga bahagian yang ditulisnya sendiri dan mengandungi bantahan terhadap kecerdasan buatan (AI), menurut laporan media. 

Moreno-Gama berdepan pertuduhan di peringkat negeri dan persekutuan. 

“Kami mentafsir tingkah laku ini sebagaimana adanya: cubaan untuk membunuh Altman dan ancaman melampau terhadap mereka yang berada di sekelilingnya serta mereka yang bekerja untuk syarikatnya,” kata Peguam Daerah San Francisco Brooke Jenkins dalam sidang media pada Isnin.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video