awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia, Ukraine adakan rundingan di Jeddah bincang gencatan senjata

Bernama
Bernama
23/03/2025
07:45 MYT
Rusia, Ukraine adakan rundingan di Jeddah bincang gencatan senjata
Pertemuan antara Rusia dan Ukraine akan menumpukan kepada perincian gencatan senjata selama 30 hari yang melibatkan infrastruktur tenaga serta kemungkinan penyambungan semula perjanjian eksport bijirin Laut Hitam. - Gambar fail/ Reuters
JEDDAH: Rusia dan Ukraine dijangka membincangkan butiran 'gencatan senjata separa' dalam rundingan yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada Ahad.
Rundingan itu berlangsung sehari sebelum perbincangan pakar Rusia-Amerika Syarikat yang dijadualkan di Riyadh, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Utusan khas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi Timur Tengah Steve Witkoff, sebelum ini memaklumkan bahawa pertemuan antara Rusia dan Ukraine akan menumpukan kepada perincian gencatan senjata selama 30 hari yang melibatkan infrastruktur tenaga serta kemungkinan penyambungan semula perjanjian eksport bijirin Laut Hitam.
Menurut Witkoff, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio serta Penasihat Keselamatan Negara Mike Waltz, akan mengetuai delegasi Washington dalam rundingan yang berlangsung di Jeddah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#Arab Saudi
#rundingan
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan