awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan di Kepulauan Solomon, semua rakyat Malaysia selamat - Wisma Putra

Bernama
Bernama
26/11/2021
12:03 MYT
Rusuhan di Kepulauan Solomon, semua rakyat Malaysia selamat - Wisma Putra
Menurut kenyataan kementerian hari ini, kesemua 231 warga Malaysia di bandar raya itu manakala 950 lagi yang berada di luar bandar dilaporkan selamat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Luar (Wisma Putra) memantau rapat perkembangan terkini di Kepulauan Solomon, ekoran pergolakan dan tunjuk perasaan yang berlaku di bandar Honiara.
Menurut kenyataan kementerian hari ini, kesemua 231 warga Malaysia di bandar raya itu manakala 950 lagi yang berada di luar bandar dilaporkan selamat.
"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea sentiasa berhubung rapat dengan rakyat Malaysia di Kepulauan Solomon melalui Konsulat Kehormat Malaysia di negara tersebut," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Kepulauan Solomon boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby atau kementerian.
Menurut laporan media, protes antikerajaan menuntut Perdana Menteri Manasseh Sogavare meletak jawatan itu sudah berlarutan sejak Rabu, menyebabkan banyak insiden kebakaran berlaku di bandar raya tersebut. Sebuah balai polis dan bangunan di kawasan parlimen turut dibakar.
Sogavare pada Rabu mengenakan sekatan pergerakan selama 36 jam di Honiara tetapi tidak diendah penunjuk perasaan.
Australia turut menghantar anggota polis dan tenteranya ke Kepulauan Solomon pada Jumaat untuk membantu mengawal rusuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kepulauan Solomon
#Wisma Putra
#rusuhan
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan