awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan di Paris berlarutan untuk hari kedua

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2023
02:15 MYT
Rusuhan di Paris berlarutan untuk hari kedua
Anggota keselamatan dikerah bagi menghadapi malam kedua rusuhan di Paris, Perancis selepas polis menembak mati seorang remaja berusia 17 tahun semasa satu pemeriksaan polis trafik pada Selasa lalu. - Gambar REUTERS
PARIS: Ribuan anggota keselamatan dikerah bagi menghadapi malam kedua rusuhan di Paris, Perancis selepas polis menembak mati seorang remaja berusia 17 tahun semasa satu pemeriksaan polis trafik pada Selasa lalu.
Mangsa, yang dikenal pasti sebagai Nahel M, ditembak mati dari jarak dekat selepas dia secara tiba-tiba meneruskan pemanduannya dan berlanggar sejurus selepas itu.
Polis Paris berkata, mereka berjaya mengawal rusuhan baharu yang tercetus.
Di Toulouse, penunjuk perasaan membaling batu kepada anggota bomba yang cuba memadamkan kebakaran.
Penunjuk perasaan turut bertempur dengan anggota polis di bandar di utara Perancis, Lille.
Di bahagian barat, di Rennes, kira-kira 300 orang berhimpun bagi memberi penghormatan terakhir kepada mangsa, menurut media tempatan.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata insiden penembakan Nahel "tidak dapat dimaafkan" namun ia mengundang kemarahan daripada kesatuan polis.
Mereka mendakwa Macron terus menyalahkan pegawai polis terlibat tanya mengetahui cerita sebenar.
Anggota polis yang didakwa menembak remaja itu kini berada dalam tahanan polis.
Nahel, yang dikatakan berasal dari Algeria, merupakan individu kedua ditembak tahun ini ketika pemeriksaan polis.
Tahun lepas, angka itu mencecah kepada 13 individu.
Menurut laporan Reuters, kebanyakan mangsa yang maut akibat ditembak ketika pemeriksaan polis sejak tahun 2017 merupakan individu berkulit hitam atau berketurunan Arab.
Topic Berkaitan
#rusuhan
#remaja ditembak
#Nahel M
#pemeriksaan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan