DUNIA
Rusuhan Indonesia: DPR umum enam keputusan jawab tuntutan rakyat

DPR komited tingkat ketelusan dan penyertaan awam dalam proses perundangan serta dasar-dasar Parlimen. - Foto X/Kompas
JAKARTA: Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia mengumumkan enam keputusan penting hasil mesyuarat konsultasi pimpinan DPR bersama ketua-ketua fraksi, susulan desakan rakyat yang dikenali sebagai tuntutan 17+8.
Ringkasan AI
- DPR Indonesia umum 6 keputusan penting susulan tuntutan 178, termasuk pemotongan elaun dan moratorium lawatan luar negara.
- Anggota digantung keahlian oleh parti tidak lagi terima hak kewangan; tindakan lanjut diselaraskan dengan Mahkamah Kehormatan DPR.
- DPR komited tingkat ketelusan dan penyertaan awam dalam proses perundangan serta dasar-dasar Parlimen.
- DPR menghentikan pemberian elaun perumahan kepada anggotanya berkuat kuasa 31 Ogos 2025.
- DPR melaksanakan moratorium lawatan kerja ke luar negara bermula 1 September 2025, kecuali untuk menghadiri undangan rasmi kerajaan.
- DPR memutuskan pemotongan elaun dan kemudahan anggota selepas penilaian meliputi bil elektrik, bil telefon, komunikasi intensif serta elaun pengangkutan.
- Anggota DPR yang digantung keahliannya oleh parti politik tidak akan menerima hak kewangan.
- Pimpinan DPR akan menindaklanjuti penggantungan beberapa anggota melalui Mahkamah Kehormatan DPR dengan berkoordinasi bersama mahkamah parti politik masing-masing.
- DPR akan memperkukuh ketelusan dan penyertaan awam dalam proses perundangan dan dasar-dasar lain.
Sementara itu, antara isi utama dalam tuntutan 17+8 Rakyat termasuk cadangan penubuhan pasukan penyiasat bebas terhadap kes-kes pelanggaran hak asasi manusia semasa demonstrasi 28–30 Ogos, serta desakan agar Angkatan Tentera Indonesia (TNI) tidak lagi terlibat dalam pengawalan awam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami