Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi sederhana gegar selatan Laut Maluku, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Lokasi gegaran adalah kira-kira 179 kilometer di selatan Tomohon, Indonesia. - Foto X/MetMalaysia
Lokasi gegaran adalah kira-kira 179 kilometer di selatan Tomohon, Indonesia. - Foto X/MetMalaysia

Advertisement

Advertisement

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.6 telah dikesan berlaku di Selatan Laut Maluku pada jam 2:56 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia memaklumkan pusat gempa tersebut terletak pada koordinat 0.3 darjah Selatan dan 125.2 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Lokasi gegaran adalah kira-kira 179 kilometer di selatan Tomohon, Indonesia.

Advertisement

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Setakat ini, belum terdapat laporan mengenai kerosakan besar atau kehilangan nyawa di kawasan berhampiran pusat gempa.

Advertisement

Pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan perkembangan semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi serta tidak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan.
 

 

Must Watch Video

Advertisement