awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Golongan B40 mudah terdedah isu kesihatan mental – Raja Permaisuri Agong
Op KPDN-SSM: 30 premis di Sri Muda diperiksa, kompaun hampir RM10,000
Lima inisiatif strategik perkasa industri halal, sasar Malaysia sebagai hab halal global - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Perkhidmatan Transjakarta kembali beroperasi

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2025
01:30 MYT
Rusuhan Indonesia: Perkhidmatan Transjakarta kembali beroperasi
Pihak pengurusan Transjakarta memaklumkan bahawa semua laluan kini beroperasi untuk digunakan pengguna.- Foto Instagram/Transjakarta
JAKARTA : Semua perkhidmatan bas kendalian PT Transportasi Jakarta (Transjakarta) kembali beroperasi seperti biasa mulai hari ini, namun beberapa hentian (halte) dilaporkan masih belum dapat digunakan kerana sedang menjalani kerja-kerja pembaikan.

Ringkasan AI
  • Semua laluan Transjakarta kembali beroperasi seperti biasa, namun beberapa hentian masih ditutup untuk kerja pembaikan akibat rusuhan baru-baru ini.
  • Kerajaan wilayah Jakarta mensasarkan pembaikan selesai dalam seminggu, melibatkan kemudahan awam rosak seperti pintu tol dan pondok polis.
  • Transjakarta dan MRT ditawarkan secara percuma selama seminggu, bagi memastikan kelancaran pergerakan penduduk sementara sistem pembayaran dibaiki.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun rasmi X @PT_Transjakarta, pihak pengurusan memaklumkan bahawa semua laluan kini beroperasi untuk digunakan pengguna.
“Selamat pagi, Sahabat TiJe! Seluruh layanan Transjakarta beroperasi melayani pelanggan. Informasi terkini layanan Transjakarta dapat diakses melalui X, Instagram: @infotije, @pt_transjakarta, ataupun aplikasi TJ: Transjakarta,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Gabenor Jakarta, Pramono Anung, berkata kerajaan wilayah mensasarkan kerja-kerja pembaikan hentian dan kemudahan awam yang rosak akibat rusuhan baru-baru ini akan diselesaikan dalam tempoh seminggu.
“Saya telah meminta setiap ketua jabatan untuk lebih proaktif, dan saya sendiri telah turun padang untuk melakukan pemeriksaan,” katanya kepada media tempatan di Balai Kota pada Sabtu.
Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa kemudahan awam mengalami kerosakan teruk, termasuk pintu tol Slipi, pondok polis di kawasan Semanggi yang terbakar, serta pintu masuk tol di hadapan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia.
Sebagai langkah sementara, kerajaan wilayah Jakarta memutuskan untuk memberikan perkhidmatan percuma bagi Transjakarta dan MRT selama seminggu, susulan sebahagian mesin ‘tap in/tap out’ tidak dapat berfungsi.
Sementara itu, langkah ini diharap dapat memastikan kelancaran aktiviti harian penduduk meskipun beberapa kemudahan masih dalam proses pemulihan.
Topic Berkaitan
#Jakarta
#MRT
#rusuhan
#PT Transportasi Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan