awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Polis nafi tembak gas pemedih mata di dua kampus universiti Bandung

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2025
05:00 MYT
Rusuhan Indonesia: Polis nafi tembak gas pemedih mata di dua kampus universiti Bandung
Jurucakap polis mendakwa gas hanya dilepaskan di jalan utama dan tidak memasuki kampus. -Gambar fail/Reuters
BANDUNG: Dua institusi pengajian tinggi di Kota Bandung, Universiti Islam Bandung (Unisba) dan Universiti Pasundan (Unpas), menjadi tumpuan selepas polis dilaporkan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke kawasan kampus pada malam 1 September, susulan demonstrasi mahasiswa yang bertukar tegang di hadapan Bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Jawa Barat.

Ringkasan AI
  • Polis nafi melepaskan gas pemedih mata ke kawasan kampus Unisba dan Unpas semasa demonstrasi mahasiswa di hadapan DPRD Jawa Barat.
  • Jurucakap polis mendakwa gas hanya dilepaskan di jalan utama dan tidak memasuki kampus, namun rakaman CCTV dan saksi menunjukkan sebaliknya.
  • LBH Bandung mengecam insiden sebagai pencabulan kebebasan akademik dan menyeru siasatan bebas terhadap tindakan pihak berkuasa.

Menurut laporan media tempatan, puluhan mahasiswa yang cedera semasa demonstrasi telah berlindung dan mendapatkan rawatan di Kampus Unisba.
Namun, suasana bertambah kecoh apabila gas pemedih mata turut mengenai kawasan kampus, menyebabkan pelajar, petugas perubatan, dan pengawal keselamatan mengalami kesukaran bernafas serta pedih mata.
Rakaman video yang tular menunjukkan mahasiswa menjerit meminta bantuan dan merayu agar tembakan dihentikan, sambil menegaskan bahawa kampus bukan medan konflik.
Unpas dan Unisba. pic.twitter.com/gvMMF3sj0P
— IjaL (@zalzngrh) September 1, 2025
Jurucakap Polis Jawa Barat, Senior Asisten Komisioner Hendra Rochmawan menjelaskan bahawa pasukan keselamatan sedang menjalankan pemantauan di kawasan Tamansari selepas membubarkan demonstrasi.
Beliau mendakwa terdapat kumpulan berpakaian hitam yang disyaki sebagai pelampau, yang bergerak ke arah kampus untuk mengelak ditahan.
“Gas pemedih mata dilepaskan ke jalan utama, namun angin telah menolak asap ke kawasan kampus. Tiada anggota keselamatan memasuki kampus dan tiada peluru getah digunakan,” katanya.
Namun, kenyataan itu bercanggah dengan dakwaan beberapa saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kehadiran anggota bersenjata lengkap berhampiran pintu masuk kampus serta tembakan yang mengenai halaman universiti.
Pusat Bantuan Guaman (LBH) Bandung mengecam insiden tersebut sebagai pencabulan terhadap kebebasan akademik dan hak mahasiswa untuk bersuara secara aman. Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai bentuk tekanan terhadap masyarakat awam.
Setakat ini, pihak universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
Pelbagai pihak menyeru agar siasatan bebas dan telus dijalankan bagi menentukan sama ada prosedur penggunaan kekuatan oleh pihak berkuasa telah dipatuhi sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#gas pemedih mata
#kampus Unisba Unpas
#rusuhan Indonesia
#DPRD Jawa Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan