awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Protes bertukar ganas, bangunan depan markas komando terbakar

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2025
11:54 MYT
Rusuhan Indonesia: Protes bertukar ganas, bangunan depan markas komando terbakar
Api mula marak sekitar jam 4.20 petang waktu Indonesia Barat, selepas peserta demonstrasi bertindak merempuh bangunan tersebut susulan tembakan gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan. -Gambar fail/Reuters
JAKARTA: Sebuah bangunan yang terletak di hadapan Markas Komando (Mako) Brimob Kwitang, di sini, terbakar dalam insiden rusuhan yang tercetus semasa demonstrasi besar-besaran petang Jumaat.

Ringkasan AI
  • Sebuah bangunan di hadapan Mako Brimob Kwitang terbakar selepas demonstrasi bertukar ganas susulan kematian Affan Kurniawan.
  • Api mula marak selepas peserta merempuh bangunan dan polis melepaskan gas pemedih mata, menyebabkan panik dan kerosakan.
  • Seorang lelaki berjaya diselamatkan dari tingkat atas, sementara pasukan pemadam kebakaran mengawal api dalam masa kurang 30 minit.

Menurut laporan media tempatan, api mula marak sekitar jam 4.20 petang waktu Indonesia Barat, selepas peserta demonstrasi bertindak merempuh bangunan tersebut susulan tembakan gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.
Asap hitam tebal kelihatan dari tingkat dua bangunan, mencetuskan panik dalam kalangan orang awam dan peserta protes.
17.30 #InfoSonora Sebuah Rumah di depan Gedung DPRD Jawa Barat Bandung yang merupakan Ex Rumah Dinas Gubernur terbakar , belum diketahui penyebab dari terbakarnya gedung tersebut. Sumber : Jainal https://t.co/HlbM6yiMjI pic.twitter.com/35LrIKtq6q
— Radio Sonora Jakarta (@SonoraFM92) August 29, 2025
Kericuhan imbas aksi unjuk rasa di sekitar Markas Brimob Kwitang, Jakarta Pusat terus memanas hingga berujung pada aksi penjarahan di sejumlah ruko di kawasan tersebut. Sebuah gedung perkantoran tak jauh dari Mako Brimob Kwitang mengeluarkan asap hitam di tengah berkecamuknya pic.twitter.com/GLTYFigm2S
— inilahcom (@inilahdotcom) August 29, 2025
Seorang lelaki dilaporkan terperangkap di tingkat atas bangunan sebelum berjaya diselamatkan anggota TNI dan penunjuk perasaan.
Tindakan pantas pasukan pemadam kebakaran berjaya mengawal api pada jam 4.43 petang, namun punca kebakaran masih belum dikenal pasti.
Mako Brimob Kwitang Kembali Memanas Ribuan ojol kembali memenuhi Mako Brimob Polda Metro Jaya dengan satu tuntutan: Keadilan untuk Affan! Driver ojol itu meregang nyawa setelah dilindas rantis Brimob. Kini, massa mendesak transparansi penuh dan tanggung jawab nyata dari pic.twitter.com/LUn07aWB4I
— Antara Megapolitan (@antmegapolitan) August 29, 2025
Sebelum kejadian, sebuah kenderaan jenis hatchback turut terbakar di lokasi berhampiran, dipercayai akibat lontaran objek keras dan bahan mudah terbakar oleh peserta demonstrasi.
Insiden berlaku di tengah ketegangan susulan kematian Affan Kurniawan, penunggang ojek dalam talian yang dilanggar kenderaan Brimob semasa demonstrasi di Jakarta awal minggu ini.
Protes yang bermula secara aman kini merebak ke beberapa bandar besar dan bertukar ganas, dengan tuntutan keadilan dan reformasi institusi keselamatan menjadi teras gerakan.
Topic Berkaitan
#gas pemedih mata
#Mako Brimob Kwitang
#Affan Kurniawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan