awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akmal sokong PM wajibkan BM, Sejarah, minta kaji umur 6 tahun masuk Tahun 1
Mahkamah Jepun akan putuskan kes lelaki didakwa membunuh bekas PM Abe
UK pertahan perjanjian Chagos selepas Trump gelar ia “tindakan sangat bodoh”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Indonesia: Saksi dakwa Affan Kurniawan dirempuh ketika cuba ambil telefon

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2025
06:22 MYT
Rusuhan Indonesia: Saksi dakwa Affan Kurniawan dirempuh ketika cuba ambil telefon
Rakaman video menunjukkan kenderaan taktikal merempuh Affan dan meninggalkan lokasi, mencetuskan protes besar-besaran di beberapa bandar. -Foto video tular
JAKARTA: Punca sebenar penunggang motosikal gig, Affan Kurniawan, 21, yang maut dilanggar kenderaan taktikal polis semasa rusuhan, di sini, pada Ogos lalu, didedahkan.

Ringkasan AI
  • Affan Kurniawan maut selepas dilanggar kenderaan Brimob ketika cuba mengambil telefon yang terjatuh semasa rusuhan di Jakarta pada 28 Ogos.
  • Rakaman video menunjukkan kenderaan taktikal merempuh Affan dan meninggalkan lokasi, mencetuskan protes besar-besaran di beberapa bandar.
  • Presiden Prabowo arahkan siasatan telus, dan tujuh anggota Brimob telah ditahan untuk siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

Menurut jurucakap komuniti Rapid Response Unit (URC) Bergerak, Erna, berdasarkan maklumat saksi di lokasi kejadian, Affan cuba mengambil telefonnya yang terlepas semasa kekecohan di kawasan Flat Bendungan Hilir II, Jakarta Pusat.
“Dia berada di tengah jalan, dan telefonnya jatuh. Ketika cuba mengambilnya semula, dia dilanggar dan kenderaan itu terus merempuhnya,” kata Erna ketika ditemui di rumah keluarga Allahyarham di Menteng.
Affan sempat dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan disahkan meninggal dunia lima minit selepas tiba di unit kecemasan.
Rakaman video insiden tersebut yang tular di media sosial menunjukkan kenderaan Brimob jenis ‘barracuda’ melanggar Affan sebelum berundur dan memecut meninggalkan lokasi.
Kematian Affan mencetuskan gelombang protes besar-besaran di Jakarta dan beberapa bandar lain termasuk Makassar, Yogyakarta dan Bandung.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menzahirkan rasa terkejut dan kecewa terhadap tindakan melampau anggota polis, serta mengarahkan siasatan telus dan menyeluruh terhadap insiden tersebut.
Polis Indonesia mengesahkan tujuh anggota Brimob telah ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kematian Affan.
Topic Berkaitan
#Affan Kurniawan
#Brimob
#kenderaan taktikal
#telefon terjatuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan