awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2024
01:20 MYT
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula. - Foto REUTERS
MAPUTO: Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Menurut Komander Umum Polis Negara itu, Bernardino Rafael, insiden itu berlaku di tengah-tengah gelombang ketegangan sivil berkaitan dengan keputusan pilihan raya Oktober yang dipertikaikan.
Mahkamah tertinggi Mozambique pada Isnin mengesahkan kemenangan parti pemerintah lama, Frelimo, dalam pilihan raya tersebut.
Keputusan ini mencetuskan protes besar-besaran di seluruh negara oleh kumpulan pembangkang dan penyokong mereka, yang mendakwa pilihan raya itu dicemari penipuan.
Dalam pada itu, Rafael menyalahkan protes di luar penjara sebagai faktor yang mencetuskan rusuhan tersebut.
Tambah beliau, konfrontasi selepas itu menyebabkan 33 kematian dan 15 cedera di kawasan sekitar penjara.
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Beliau juga mendedahkan terdapat percubaan melarikan diri di dua penjara lain.
Menteri Dalam Negeri Mozambique pada Selasa berkata sekurang-kurangnya 21 orang telah terbunuh dalam rusuhan susulan keputusan mahkamah tertinggi.
Sebelum insiden selasa, kumpulan pemantau masyarakat sivil, Plataforma Decide, melaporkan sekurang-kurangnya 130 orang telah terbunuh dalam pertembungan dengan polis sejak protes bermula.
Topic Berkaitan
#rusuhan
#Bernardino Rafael
#Mozambique
#rusuhan penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan