awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin bertemu Duta Khas Jepun kongsi pandangan mengenai Myanmar

Bernama
Bernama
17/05/2022
13:29 MYT
Saifuddin bertemu Duta Khas Jepun kongsi pandangan mengenai Myanmar
Saifuddin dan Sasakawa, yang juga pengerusi Yayasan Nippon, berkongsi pandangan mengenai perkembangan terkini di Myanmar. - Gambar/ Twitter @saifuddinabd
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Selasa menerima kunjungan Duta Khas Jepun untuk Perdamaian Nasional di Myanmar, Tan Sri Yohei Sasakawa di pejabatnya di Wisma Putra.
Saifuddin dalam ciapan terkininya di Twitter berkata beliau dan Sasakawa, yang juga pengerusi Yayasan Nippon, berkongsi pandangan mengenai perkembangan terkini di Myanmar dan sepakat berkaitan beberapa perkara penting, termasuk kepentingan untuk semua pihak mematuhi gencatan senjata bagi memastikan keselamatan orang awam.
"Adalah menggalakkan untuk mendengar daripada Tan Sri Yohei bahawa Jepun bersedia menyokong ASEAN dalam melaksanakan Konsensus Lima Perkara (5PC) dan melibatkan semua pihak berkepentingan di Myanmar dalam memulihkan keamanan dan demokrasi," katanya.
Beliau berkata kedua-dua pihak juga bersetuju mengenai kepentingan untuk mengukuhkan bantuan kemanusiaan dengan mempelawa penyertaan antarabangsa dan mewujudkan koridor kemanusiaan.
5PC mengenai Myanmar yang diterima pakai pemimpin ASEAN pada Mesyuarat Pemimpin ASEAN di Jakarta pada 24 April tahun lalu ialah: menamatkan keganasan; mengadakan perbincangan yang membina dengan pihak berkepentingan; ASEAN menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar; pelantikan duta khas ASEAN untuk menjalankan rundingan; dan untuk utusan khas itu dibenarkan melawat negara itu.
Menurut sebuah organisasi hak asasi manusia di Myanmar, sekurang-kurangnya 1,800 orang awam telah terbunuh manakala lebih 10,000 orang ditahan dan hampir 1,000 dipenjarakan sejak rampasan kuasa 1 Feb 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#Kementerian Luar
#Myanmar
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan