SINGAPURA: Saintis dari Nanyang Technological University (NTU), Singapura yang menjalankan uji kaji untuk menangani masalah pembaziran makanan menemukan inovasi baharu - mengubah kulit durian menjadi pembalut gel antibakteria.
Proses itu melibatkan pengekstrakan serbuk selulos daripada kulit durian selepas ia dicincang dan disejuk beku. Ia kemudiannya dicampurkan dengan gliserol. Campuran itu menjadi hidrogel yang lembut dan seterusnya dikerat menjadi kepingan-kepingan pembalut luka.
"Di Singapura, kita makan sekitar 12 juta biji durian setahun. Maka selain isinya, kita tidak dapat berbuat apa tentang kulitnya dan ini menyebabkan pencemaran alam sekitar," ujar Pengarah Program Sains Makanan dan Teknologi NTU, Profesor William Chen.
Kulit durian itu, yang membentuk lebih daripada separuh komposisi buah itu, sering saja dibuang atau dibakar, seterusnya menyumbang kepada sisa buangan dalam persekitaran.
Chen menambah, teknologi yang digunakan itu juga boleh mengubah sisa makanan lain, seperti kacang soya dan bijirin, menjadi hidrogel.
Berbanding pembalut konvensional, pembalut organo-hidrogel itu mampu membuatkan bahagian sekeliling luka berasa sejuk dan lembap, sekali gus mempercepatkan penyembuhan.
Pasukan penyelidik berkata, penggunaan bahan buangan dan yis dalam pembuatan pembalut antibakteria sangat menjimatkan dari segi kos berbanding pembuatan pembalut konvensional sedia ada di pasaran, yang melibatkan bahan antimikrobial daripada kompaun metalik seperti ion perak atau tembaga.
Seorang penjual durian, Tan Eng Chuan, berkata, dia menguruskan sekurang-kurangnya 30 tong durian setiap kali tiba musimnya. Semua itu bersamaan 1,800 kilogram.
Dengan penggunaan bahagian buah yang dibuang, menurutnya suatu inovasi yang bersifat lestari.
Agensi
Mon Sep 20 2021
William Chen (kiri) memegang kulit durian, sementara rakan penyelidik, Dr. Tracy Cui, memegang kepingan hidrogel yang dihasilkan daripada kulit durian. - Reuters
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Malaysia perlukan lebih ramai penyelidik dalam industri - Mohammad Yusof
Perubahan ini penting untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan dalam menuju ke arah aktiviti yang bernilai tambah tinggi.
Haiwan pelik pernah ditemui
Alam semula jadi mengandungi kira-kira 8.7 juta spesies di mana pecahannya 6.5 juta di daratan manakala 2.2 juta berada dalam lautan.
MOSTI mulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003
MOSTI memulakan gerak kerja 100 saintis di bawah program STI 1003 pada awal Oktober, dalam usaha meningkatkan minat pelajar sekolah kepada bidang STEM.
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM
Fadhlina Sidek berkata program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Saintis Belanda terima anugerah Lee Kuan Yew Water Prize 2024
Medema, 62, penerima ke-10 anugerah itu, menerima sebutir pingat emas daripada Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam pada majlis malam tadi.
Saintis di Oxford uji vaksin Nipah
Andai ujian klinikal itu berjaya, ia akan menjadi vaksin pertama seumpamanya untuk penyakit berkenaan.
Ribut Suria: Rakyat tidak perlu gusar, fenomena bergelap tidak akan berlaku
Orang ramai tidak perlu gusar dan bimbang berkenaan dakwaan fenomena bergelap akibat ribut solar atau solar storm.
Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia
Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi.
Saintis beri amaran 'hujan lebih lebat akibat pemanasan bumi'
Saintis New Zealand memberi amaran bahawa berdasarkan jumlah maksimum wap air di udara yang meningkat secara eksponen dengan suhu, potensi hujan yang melampau akan meningkat.