Skip to main content

Dunia

Selat Hormuz kekal ditutup sebagai tekanan kepada musuh - Mojtaba Khamenei

FILE PHOTO: Iran’s new supreme leader, Mojtaba Khamenei, the second son of late Iran's Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei, attends a meeting in Tehran, Iran, October 13, 2024. Hamed Jafarnejad/ISNA/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS
Iran masih berhasrat mengekalkan hubungan baik dengan negara jiran, sambil menegaskan akan terus menuntut pembalasan terhadap semua mangsa korban. - Reuters

PEMIMPIN Tertinggi Iran Mojtaba Khamenei pada Khamis menegaskan Selat Hormuz perlu terus ditutup sebagai langkah strategik untuk meningkatkan tekanan terhadap musuh Tehran.

Dalam kenyataan yang dibacakan melalui stesen televisyen rasmi negara, beliau turut mengarahkan semua pangkalan tentera Amerika Syarikat di rantau itu ditutup kerana berpotensi menjadi sasaran serangan Iran.

Advertisement

"Penutupan Selat Hormuz mesti diteruskan. Sekiranya perang berterusan, sasaran lain yang mudah diserang oleh musuh juga akan dipertimbangkan, sambil menilai kepentingan strategik.

"Kami tidak akan berundur daripada menuntut pembalasan terhadap darah para syuhada, terutamanya jenayah terhadap kanak-kanak, seperti serangan yang disengajakan di sekolah Minab," beliau berkata dalam satu kenyataan pada Khamis.

Khamenei menekankan bahawa tindakan ketenteraan hanya menyasarkan pangkalan Amerika, sementara Iran tetap berhasrat mengekalkan hubungan baik dengan negara jiran.

"Sepertimana kami telah memberikan amaran jelas, dan tanpa menyerang mana-mana negara jiran, kami tetap komited untuk mengekalkan persahabatan dengan mereka dan hanya menyasarkan pangkalan (Amerika Syarikat)," tambahnya.

Kenyataan ini merupakan kenyataan pertama beliau sejak dilantik menggantikan bapanya yang terbunuh, Ali Khamenei.

Must Watch Video