Britain menggesa Malaysia dan negara lain di dunia memberi tekanan terhadap Rusia susulan kejadian serangan ‘gas saraf’ terancang ke atas dua warga Rusia di Salisbury, barat daya England, 4 Mac lalu.
Menurut Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicky Treadell, semua negara perlu memberi pertimbangan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya memandangkan serangan penggunaan ‘gas saraf’ di dalam sebuah negara berdaulat merupakan sesuatu yang menyalahi undang-undang antarabangsa.
“Kami mengharapkan kesemua rakan kami dapat mempertimbangkan tindakan yang sewajarnya untuk dikenakan ke atas Rusia.
“Memang ini merupakan sesuatu yang patut Kerajaan Malaysia sendiri tentukan. Tetapi seperti yang saya cakap, kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang mengutuk serangan itu, dan memandangkan situasi ini masih berterusan, kita akan lihat apa akan jadi seterusnya,” katanya kepada sidang media di Pejabat Kedutaan Besar British ke Malaysia, di sini, hari ini.
Bekas perisik Rusia yang dikatakan berhidmat secara rahsia untuk Britain, Sergei Skripal, 66, dan anaknya Yulia, 38, ditemui rebah di bangku di luar sebuah pusat beli belah di Salisbury pada 4 Mac.
Mereka masih dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di Britain.
Pihak berkuasa British membuat kesimpulan bahawa Sergei dan Yulia diracun dengan agen saraf 'Novichok'.
Datuk Seri Najib, pada 20 Mac lepas, dilaporkan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang penggunaan ‘gas saraf’.
Vicky berkata, beliau sedar Malaysia memahami apa yang dirasakan rakyat British ketika ini memandangkan berlakunya serangan yang hampir serupa di negara ini, iaitu pembunuhan abang tiri kepada pemerintah tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, iaitu Kim Jong-nam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 17 Februari tahun lepas.
“Kepada negara seperti Malaysia, anda akan faham apa yang kami perkatakan. Bukan sahaja kerana serangan ke atas MH17, tetapi juga pembunuhan Kim-Jong-nam di sini, yang hampir serupa.
“Dan susulan itu, kami (Kerajaan Britain) juga bertindak cepat mengutuk tindakan Kora Utara. Dan saya memahami perasaan rakyat Malaysia, perasaan jelek dan benci sekiranya serangan itu dirancang di atas tanah anda yang berdaulat,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Mar 28 2018
Britain gesa Malaysia dan dunia beri tekanan terhadap Rusia susulan kejadian serangan gas saraf terancang di Salisbury. - Foto Reuters/Fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK
Menurut laporan BBC, wanita itu memasukkan bayinya ke dalam kotak makanan bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain - Laporan
Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka.
India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Ia merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".