awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salji 'Bom Siklon' landa seluruh Amerika Syarikat, sejuta penduduk bergelap

Faida Rahim
Faida Rahim
25/12/2022
08:10 MYT
Salji 'Bom Siklon' landa seluruh Amerika Syarikat, sejuta penduduk bergelap
Lebih 200 juta rakyat Amerika berada di bawah amaran cuaca bahaya memandangkan suhu sejuk menurun sehingga serendah -48 Celsius. - Derek Gee/The Buffalo News via AP
NEW YORK: Lebih sejuta penduduk Amerika Syarikat (AS) bergelap selepas ribut salji seakan 'bom siklon' melanda negara itu sejak semalam.
Memetik AFP, keadaan itu menyebabkan penutupan lebuh raya, jadual penerbangan ditangguhkan dan kebimbangan warga Amerika yang mahu melancong untuk cuti Krismas.
Difahamkan, salji tebal, angin kencang dan udara sejuk yang boleh mengubah air mendidih menjadi ais serta-merta, menguasai sebahagian besar Amerika termasuk negeri di selatan yang biasanya beriklim sederhana.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) memaklumkan lebih 200 juta rakyat AS berada di bawah amaran cuaca bahaya memandangkan suhu sejuk menurun sehingga serendah -55 Fahrenheit (-48 Celsius).
Penduduk Hamburg, New York, Jennifer Orlando, 39, dilaporkan menahan sejuk sehingga terpaksa ‘membongkok’ bersama suaminya.
“Saya langsung tidak dapat melihat jalan di seberang. Kami tidak akan ke mana-mana,” katanya kepada AFP.
Guru sekolah dan sukarelawan Rosa Falcon memberitahu di El Paso, Texas, pendatang terdesak menyeberang dari Mexico untuk mencari tempat berlindung dari sejuk di gereja, sekolah dan pusat sivik.
Akan tetapi, ada yang masih memilih untuk berada di luar dengan suhu -15 Fahrenheit (-26 Celsius) kerana takut mendapat perhatian daripada pihak imigresen.
Burke Patten dari Badan bukan kerajaan (NGO) Night Ministry di Chicago memaklumkan pihaknya telah mengedarkan peralatan cuaca sejuk, termasuk kot, topi, sarung tangan, seluar dalam haba, selimut dan beg tidur dan pemanas kaki.
Manakala di Kanada pula, terdapat pengunjung keluar membeli belah di saat akhir meskipun suhu menjunam di pusat bandar Toronto.
"Saya rasa setiap tahun kita akan mengalami beberapa ribut salji dan kita hanya perlu menyesuaikan diri. Kita orang Kanada, itulah cara kita melakukannya." kata Jennifer Campbell dari bandar Caledon, wilayah Ontario.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#ribut salji
#Salji Bom Siklon
#cuaca sejuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan