MENTERI Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno berharap beliau diberi peluang sekali lagi sebagai calon Naib Presiden pada pilihan raya negara itu pada 2024.
Bagaimanapun, beliau sedia maklum, keputusan mencalonkan pasangan bagi jawatan Presiden dan Naib Presiden negara itu merupakan hak pucuk pimpinan parti politik.
“Saya pernah menjadi calon Naib Presiden pada 2019, walaupun belum diberikan amanah.
"Saya akan berasa terhormat sekiranya diberikan (peluang) sekali lagi, tetapi keputusan itu ada di tangan pucuk pimpinan parti politik,” katanya menurut laporan portal-portal berita Indonesia.
Justeru, Sandiaga berkata, sekalipun persaingan dalam politik tidak dapat dielakkan, namun, apa yang perlu dimiliki ialah kerjasama yang baik.
Dalam hal ini, pemimpin berusia 54 tahun itu memberikan contoh bagaimana beliau dan Prabowo diberi peluang oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi).
"Jokowi sudah memberikan contoh pada 2019. Saya dulu pesaing beliau tapi dengan sokongan warga Sulawesi Selatan kita mampu memperlihatkan satu pertandingan yang sihat.
"Sejarah 2019 ditutup dengan Jokowi mengajak saya dan Prabowo bergabung dalam pemerintahan,” kata Sandiaga.
Dalam masa sama, beliau menegaskan, tidak kira siapa sekalipun yang terpilih sebagai Presiden dan Naib Presiden pada 2024, semua pihak harus sama-sama bekerja untuk negara.
Ketika ini, nama Sandiaga disebut-sebut sebagai calon Naib Presiden oleh Parti Persatuan Pembangunan (PPP) bersama-sama calon Presiden iaitu, Ganjar Pranowo.
Pada Pemilihan Presiden (Pilpres) 2019, Sandiaga merupakan calon untuk kedudukan nombor dua mengiringi Prabowo Subianto yang mencuba nasib bagi jawatan Presiden Indonesia.
Bagaimanapun, Prabowo dan Sandiaga kalah kepada Jokowi yang ketika itu dinamakan sebagai calon Presiden yang juga penyandang jawatan itu, sementara Naib Presiden negara itu dimenangi oleh Maaruf Amin.
Sekalipun gagal mara pada Pilpres 2019, namun Prabowo dan Sandiaga dilantik oleh Jokowi untuk menganggotai Kabinet beliau. - Agensi
Agensi
Thu Jul 13 2023
Sandiaga Uno berharap beliau diberi peluang sekali lagi sebagai calon Naib Presiden pada pilihan raya negara itu pada 2024. - Gambar Facebook
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Sandiaga Uno hadir pernikahan anak di New York
Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno dilaporkan menikah anak perempuannya, Anneesha Atheera Uno dengan pasangannya, Panji Bahas Dwiprakoso di Masjid Al Hikmah New York.
Sandiaga harap diberi peluang sekali lagi jadi calon Naib Presiden Indonesia
Bagaimanapun, Sandiaga sedia maklum keputusan akhir terletak pada pucuk pimpinan politik.
'Tak dapat beli tiket Coldplay, tonton saja konsert band lokal' - Sandiaga
Selain Malaysia, Coldplay dijangka beraksi di beberapa negara lain iaitu Jepun pada 6 dan 7 November disusuli Taiwan (11 November); Indonesia (15 November) dan Australia (18 November).
Digital serumpun: Malaysia-Indonesia jalin kerjasama strategik
JNJ Management Consultants (JNJ Group) menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan OK OCE dari Indonesia dalam mewujudkan 'Digital Serumpun'pada Isnin.
Menteri harap Iron Maiden, Metallica kembali lagi buat konsert di Indonesia
Kemasukan artis antarabangsa boleh lonjak sektor pelancongan muzik.
ASEAN perlu jadi lebih kuat untuk capai tahap pelancongan berkualiti, mampan - Sandiaga Uno
Negara-negara anggota harus terus mempromosikan ketersambungan, serta memudahkan prosedur dan dasar dari segi visa.
Sandiaga Uno, RichWorks lancar kerjasama bimbing usahawan Indonesia
RichWorks International Sdn. Bhd. akan bekerjasama dengan lebih 200 usahawan dari sektor ekonomi kreatif Indonesia dalam perkongsian kepakaran dan bimbingan bagi mengembangkan perniagaan mereka.
COVID-19: Indonesia mansuh arahan kuarantin terhadap pelancong
Sandiaga Uno mengumumkan perkara tersebut sebagai sebahagian daripada kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di negara itu.
Pelancongan intra-ASEAN penting untuk pemulihan, pertumbuhan ekonomi serantau
Menghidupkan kembali kegiatan intra-wilayah adalah kunci utama dalam merancakkan semula ekonomi pelancongan negara ASEAN.
Sandiaga Uno positif COVID-19
Beliau membuat keputusan untuk menjalani ujian berkenaan selepas isterinya, Nur Asia Uno disahkan positif pandemik berkenaan.