awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanggup dibenci, Datuk Bandar Tegal laksana 'lockdown' pertama di Indonesia

Agensi
Agensi
27/03/2020
12:29 MYT
Sanggup dibenci, Datuk Bandar Tegal laksana 'lockdown' pertama di Indonesia
Kes pertama jangkitan COVID-19 dikesan di Tegal membabitkan seorang lelaki berusia 34 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Abu Dhabi dan Jakarta - Facebook: Tegal Bahari City
SANGGUP dibenci penduduk, Datuk Bandar Tegal, Jawa Tengah laksana perintah berkurung pertama di Indonesia selama empat bulan untuk melindungi penduduknya daripada jangkitan COVID-19.
“Rakyat harus faham mengapa langkah ini diambil. Kalau saya perlu pilih, lebih baik saya dibenci daripada maut menjemput mereka,” kata Datuk Bandar Tegal Dedy Yon Supriyono pada Rabu.
Menurut portal berita tempatan Kompas, semua akses keluar masuk bandar di Jawa Tengah itu ditutup mulai 30 Mac hingga 30 Julai 2020.
Ia susulan kes pertama dikesan di Tegal membabitkan seorang lelaki berusia 34 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Abu Dhabi dan Jakarta sebelum pulang ke bandar berkenaan.
Pesakit tersebut dimasukkan ke Hospital Kardinah pada 16 Mac selepas mengalami simptom seperti demam, batuk dan sesak nafas.
Beliau kemudian disahkan positif koronavirus pada 24 Mac.
“Walaupun berdepan dengan dilema dalam membuat keputusan ini, namun rakyat harus faham bahawa ini untuk kebaikan kita semua,” kata Dedy.
Setakat Jumaat, Indonesia mencatat 1,046 kes positif COVID-19 dan 87 kematian akibat virus tersebut.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Datuk Bandar Tegal
#Indonesia
#Jakarta
#koronavirus
#lockdown
#perintah berkurung
#Tegal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan