awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanjay Dutt menang 'pertempuran' melawan barah paru-paru

Agensi
Agensi
22/10/2020
04:39 MYT
Sanjay Dutt menang 'pertempuran' melawan barah paru-paru
Ketika hatinya dipenuhi dengan rasa syukur, Sanjay tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas kasih dan doa mereka. - Gambar Instagram
BERKONGSI berita gembira dengan peminatnya, aktor tersohor Bollywood, Sanjay Dutt mengumumkan dia akhirnya berjaya ‘menewaskan’ barah paru-paru yang dihidapinya baru-baru ini.
Dalam catatan yang disiarkan di media sosial, Sanjay berkata, penyakit itu telah membawa banyak kepayahan dan kesulitan kepada dia dan keluarganya.
"Beberapa minggu lepas adalah masa yang sangat sukar bagi keluarga saya dan saya.
“Tetapi seperti yang mereka katakan, Tuhan memberikan pertempuran paling sukar kepada askarnya yang terkuat.
“Dan hari ini, pada hari ulang tahun anak-anak saya, saya gembira dapat keluar dari pertempuran ini dan memberi mereka hadiah terbaik yang saya dapat - kesihatan dan kesejahteraan keluarga,” katanya seperti dilaporkan India Times.
My heart is filled with gratitude as I share this news with all of you today. Thank you pic.twitter.com/81sGvWWpoe
— Sanjay Dutt (@duttsanjay) October 21, 2020
Ketika hatinya dipenuhi dengan rasa syukur, Sanjay tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas kasih dan doa mereka.
"Ini tidak akan mungkin berlaku tanpa kepercayaan dan sokongan yang teguh daripada anda semua.
“Saya berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan semua peminat yang selama ini berdiri dan menjadi sumber kekuatan saya melalui masa yang sukar ini.
“Terima kasih atas kasih, kebaikan dan doa yang tak terhitung banyaknya yang telah anda kirimkan kepada saya,” ujarnya.
Sanjay juga mengucapkan terima kasih kepada doktor dan kakitangannya kerana merawatnya dengan baik.
"Saya sangat berterima kasih kepada Dr Sewanti dan kumpulan doktor, jururawat dan kakitangan perubatannya di Hospital Kokilaben yang telah merawat saya dalam beberapa minggu terakhir,” katanya.
Topic Berkaitan
#India
#media sosial
#kesihatan
#keluarga
#Sanjay Dutt
#kanser
#barah
#paru-paru
#aktor
#Bollywood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan