awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAR Tham Luang: "Kita akan raikannya bersama-sama"

Agensi
Agensi
10/07/2018
09:15 MYT
SAR Tham Luang: "Kita akan raikannya bersama-sama"
Narongsak Osottanakorn berkata penggunaan kapal selam mini Elon Musk merupakan penambahan kepada peralatan penyelamat. - Foto Intagram / @mikkokohtaodivers
Operasi menyelamat baki empat remaja pemain bola sepak bersama jurulatih mereka dipergiat pada Selasa.
Thai Navy SEAL dalam muat naik di Facebook mereka memaklumkan bahawa tempoh menyelamatkan lima individu itu mungkin mengambil masa yang lebih lama.
Namun, mereka optimis usaha menyelamat itu akan berjaya pada hari ini.
"Hari ini 10 Julai 2018. Ia akan mengambil masa lebih panjang daripada sebelum ini. Akhirnya, kita akan raikannya bersama-sama," memetik muat naik itu.
Walaupun hujan lebat melanda sejak Isnin malam hingga pagi tadi, pasukan menyelamat memaklumkan persiapan mereka tidak terjejas.
Malah, media dimaklumkan pasukan penyelamat akan menggunakan teknik sama untuk mengeluarkan baki lima mangsa yang masih terperangkap itu.
Sementara itu, bekas Gabenor Chiang Rai yang juga merupakan ketua misi menyelamat operasi tersebut, Narongsak Osottanakorn berkata penggunaan kapal selam mini Elon Musk merupakan penambahan kepada peralatan penyelamat.
"Walaupun teknologi ini bagus dan canggih tetapi ia tidak praktikal dalam misi kali ini," katanya dalam sidang media di pusat operasi menyelamat di Chiang Rai hari ini.
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#kapal selam mini
#Narongsak Osottanakorn
#pasukan bola sepak remaja
#terperangkap dalam gua
#thai navy seal
#Thailand
#Tham Luang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan