awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sara Duterte sertai Marcos Jr sebagai pasangan regu Pilihan Raya Presiden Filipina

Agensi
Agensi
16/11/2021
16:28 MYT
Sara Duterte sertai Marcos Jr sebagai pasangan regu Pilihan Raya Presiden Filipina
Sara Duterte-Carpio, 43, yang mencari Naib Presiden mengumumkan perkara itu dalam satu rakaman video yang menyatakan hasratnya untuk bertanding atas tiket yang sama dengan Marcos. - Twitter/@sara_daughterte / Wikipedia
MANILA: Segala teka-teki berkaitan dengan politik di Filipina akhirnya terjawab selepas Sara Duterte disahkan bakal berganding bahu dengan Ferdinand Marcos Junior untuk pasangan Pilihan Raya Presiden tahun depan.
Perkara itu disahkan sendiri oleh kedua-dua calon itu pada Selasa, selepas ia meninggalkan beberapa spekulasi sebelum ini.
Sara Duterte-Carpio, 43, yang bertanding jawatan Naib Presiden mengumumkan perkara itu dalam satu rakaman video yang menyatakan hasratnya untuk bertanding atas tiket yang sama dengan Marcos.
Beliau pada masa sama menganggap keputusan itu sebagai satu perubahan besar dalam drama politik Filipina yang telah mencengkam negara.
“Parti saya bersekutu dan meminta sokongan diberikan untuk Bongbong Marcos dan saya selepas saya menerima cabaran dan panggilan anda,” kata Sara.
BACA: Anak perempuan Rodrigo Duterte bakal bertanding jawatan Presiden Filipina pada pilihan raya 2022
BACA: Duterte lawan anak sendiri?
Marcos yang juga anak kepada bekas pemimpin diktator, sebelum ini dilaporkan telah mempelawa Sara untuk menjadi pasangan regu beliau pada pemilihan tersebut yang dijangka sengit.
Keputusan kaji selidik menunjukkan gabungan Marcos Jr dan Sara mendapat sokongan yang tinggi berikutan prestasi mereka amat baik setakat ini.
Pilihan raya dalam merebut jawatan tertinggi kerajaan itu akan diadakan pada Mei tahun depan.
Penganalisis politik melihat, Marcos muncul sebagai pendahulu berikutan keputusan Duterte-Carpio untuk tidak bertanding menentangnya, selepas beliau mengetuai tinjauan pendapat mengenai calon presiden pilihan sepanjang tahun.
Oleh kerana kedua-duanya calon yang begitu popular, penganalisis politik berkata bahawa gandingan Marcos dan Duterte-Carpio akan menjadi pasukan yang perlu ditewaskan dalam pilihan raya tahun depan untuk menggantikan Duterte, yang dilarang oleh Perlembagaan daripada memohon pemilihan semula.
Topic Berkaitan
#Rodrigo Duterte
#pilihan raya
#Filipina
#Sara Duterte
#Ferdinand Marcos Junior
#pilihan raya presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan