MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Sabtu mengumumkan bakal bersara daripada politik selepas tamat penggal pentadbirannya, sekali gus berundur daripada perancangan awalnya untuk bertanding sebagai Naib Presiden pada pilihan raya tahun depan.
Bagaimanapun, berita terbaharu yang berlegar pada Ahad pula menyaksikan, meskipun Duterte bersara namun anak perempuannya, Sara Duterte-Carpio pula disebut-sebut bakal bertanding jawatan Presiden Filipina tahun hadapan.
Menurut laporan Reuters, Sara Duterte-Carpio dilaporkan akan mencalonkan diri sebagai presiden pada pilihan raya tahun depan dan pembantu lama ayahnya, Senator Christopher Go mencalonkan diri sebagai naib presiden..
Sara Duterte-Carpio kini yang merupakan Datuk Bandar Davao - bandar ketiga terbesar di Filipina - baru sahaja dicalonkan sekali lagi untuk jawatan tersebut pada Sabtu.
BACA: Duterte umum bersara daripada politik
Sebelum ini, Sara Duterte-Carpio pernah dilaporkan berkata, tidak akan mencalonkan dirinya untuk jawatan di peringkat nasional namun berdasarkan perkembangan terbaharu ini, mungkin sebaliknya akan berlaku.
Berdasarkan wawancara ABS-CBN bersama Duterte baru-baru ini, Duterte ditanya:
“Jadi jelas, Sara - Go? (Sara merujuk kepada Duterte-Carpio dan Go pula adalah pembantu Duterte sebelum ini, Christopher Bong Go)
“Ia Sara-Go,” jawab Duterte selepas ditanya soalan tersebut.
Dalam wawancara sama, Duterte ditanya bilakah anak perempuannya akan mengemukakan pencalonan sebagai presiden, beliau berkata: “Saya benar-benar tidak tahu. Saya sama sekali tidak mempunyai idea.”
Ditanya adakah beliau telah memberi izin kepada anaknya untuk mencalonkan diri sebagai presiden, dia berkata: “Ah, tidak, sebenarnya kami tidak membicarakan soal politik, sejak dulu tidak pernah membicarakan soal politik.”
Duterte, 76, pada Sabtu yang berkata akan berundur daripada politik menyebabkan banyak spekulasi timbul, antaranya mendawak pengundurannya bagi membuka jalan untuk anaknya bertanding jawatan presiden.
Pemilihan Presiden Filipina pada tahun hadapan dijangka mendapat tumpuan selepas beberapa nama besar termasuk bintang tinju dunia, Manny Pacquiao.
Bahkan, bintang filem yang juga Datuk Bandar Manila, Isko Moreno, mengumumkan akan bertanding merebut jawatan tertinggi kerajaan itu dalam pilihan raya tahun depan.
Agensi
Sun Oct 03 2021

Sara Duterte-Carpio dilaporkan akan mencalonkan diri sebagai Presiden Filipina pada pilihan raya tahun depan manakala bapanya, Rodrigo Duterte mengumumkan bakal bersara dari gelanggang politik. - Gambar REUTERS

Guru agama ditahan buat hantaran ugut Perdana Menteri
Seorang guru agama di sebuah sekolah di Kulim ditahan polis, kerana dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kumpulan WhatsApp.
Niaga AWANI: Pemeteraian perjanjian antara pengendali rangkaian dengan DNB
Kita bersama Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, penganalisis keselamatan dan politik, pusat pengajian perang saraf media dan informasi UiTM bagi perincian.
Tahap penerimagunaan 5G capai 10.3 peratus setakat hujung Oktober
KKD akan terus memantau pelaksanaan rangkaian 5G supaya tidak akan masalah yang berbangkit.
Pantau Agenda Reformasi: Sejauh mana kesedaran mengenai AIDS di Malaysia?
Exco Majlis AIDS Malaysia, Dr Dinesh Mahalingam membincangkan mengenai stigma pesakit AIDS di Malaysia dan sejauh mana kesedaran mengenai AIDS di negara ini.
KKD pastikan tiada gangguan perkhidmatan kepada pengguna 5G sedia ada
Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) bersetuju caj harga borong bagi rangkaian 5G tidak akan bertambah dengan adanya rangkaian kedua.

Israel kembali serang Gaza, orang awam antara yang cedera
Sejumlah penduduk awam Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera pada pagi Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
Hanya Kelantan masih terjejas banjir
Hanya Kelantan masih terjejas banjir sehingga jam 7 pagi Jumaat dengan seramai 795 mangsa ditempatkan di 4 PPS yang masih aktif. 2 PPS terakhir di Terengganu ditutup pada Khamis malam.
[TERKINI] Sesi pengumuman khas 5G
Ikuti sesi pengumuman khas 5G oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang diadakan di Tun Razak Exchange, TRX, Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Kes SRC: Najib mohon lepas tanpa bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Terima kasih Kevin Ray Mendoza
Selepas tamat perlawanan, pihak pengurusan pasukan mengumumkan bahawa Kevin bakal meninggalkan kelab bagi menghadapi cabaran baharu.

Angka kematian akibat gempa bumi di Filipina meningkat kepada 6 orang, 2 masih hilang
Angka kematian akibat gempa bumi dengan magnitud 6.8 yang melanda selatan Filipina pada petang Jumaat meningkat kepada enam, dengan dua lagi masih hilang.

MetMalaysia kesan tiga gempa bumi di Filipina, Indonesia, Myanmar
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan tiga kejadian gempa bumi yang berlaku di Filipina, Indonesia dan Myanmar hari ini.

Gunung berapi Bulusan: Filipina keluar amaran Tahap 1
Filipina mengeluarkan amaran berjaga-jaga Tahap 1 selepas gunung berapi Bulusan yang terletak di wilayah Sorsogon, di tenggara Manila merekodkan 121 gempa bumi gunung berapi sejak 14 Okt.

Piala AFC: TFC sasar tiga mata walaupun dihimpit isu kecederaan pemain
Biarpun dihimpit masalah kecederaan pemain, Terengganu FC (TFC) bertekad untuk mengutip tiga mata pada aksi Piala Konfederasi Asia (AFC) menentang pasukan Filipina, Stallion Laguna FC.

9.7 juta kanak-kanak di filipina hilang tempat tinggal akibat bencana berkaitan iklim: UNICEF
Bencana berkaitan iklim menyebabkan 9.7 juta kanak-kanak di Filipina hilang tempat tinggal dari 2016 hingga 2021, menjadikan negara Asia Tenggara itu sebagai pusat krisis.

Tuntutan LCS: Filipina calar ego China dengan sekumpulan 'nelayan'
Pasukan khas tersebut berjaya mengelak daripada empat kapal Pengawal Perairan China dan memotong penghadang tanpa disedari.

Sukan Asia: Skuasy sahkan dua pingat menerusi acara berpasukan
Pasukan lelaki yang hadir dengan status juara bertahan menewaskan Jepun pada aksi ketiga Kumpulan B dengan keputusan 3-0 pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi 6.6 magnitud landa selatan Filipina
Gempa bumi yang berlaku pada jam 9.39 pagi waktu tempatan itu melanda pada kedalaman 122km, kira-kira 434 km tenggara Pulau Balut di bandar Sarangani.