awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu daripada lima orang mati akibat diet buruk

Agensi
Agensi
05/04/2019
05:19 MYT
Satu daripada lima orang mati akibat diet buruk
Kajian yang diterbitkan dalam The Lancet memberi amaran bahawa terlalu ramai orang makan terlalu sedikit bijirin, buah dan kacang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. - Gambar hiasan AFP
KAJIAN mendapati, satu daripada lima kematian yang berlaku di seluruh dunia dikaitkan dengan pengamalan diet yang tidak baik.
Menurut pakar kesihatan, pengambilan gula, garam dan daging secara berlebihan telah membunuh berjuta orang setiap tahun.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan hampir satu bilion orang di seluruh dunia mengalami kekurangan gizi, sementara hampir dua bilion lain mempunyai terlalu banyak zat tersebut.
Secara global, seorang individu mengambil lebih daripada sepuluh kali ganda jumlah minuman manis yang dianjurkan dan 86 peratus lebih banyak natrium daripada kuantiti yang dianggap selamat.
Kajian yang diterbitkan dalam The Lancet memberi amaran bahawa terlalu ramai orang makan terlalu sedikit bijirin, buah dan kacang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Menurut Pengarah Institut untuk Metrik Kesihatan dan Evaluasi di Universiti Washington, Christopher Murray, pengamalan diet yang tidak betul bertanggungjawab untuk lebih banyak kematian berbanding faktor risiko lain di dunia.
Setakat ini, daripada 11 juta kematian yang disebabkan oleh diet yang tidak sihat, penyumbang terbesarnya adalah penyakit kardiovaskular yang sering disebabkan atau dijadikan lebih teruk oleh obesiti.
Topic Berkaitan
#diet
#kematian
#obesiti
#pengamalan diet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan