awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saudi Aramco temui 14 lokasi baharu minyak dan gas

Agensi
Agensi
09/04/2025
23:20 MYT
Saudi Aramco temui 14 lokasi baharu minyak dan gas
Penemuan tersebut merangkumi enam medan minyak, dua takungan minyak, dua medan gas asli dan empat takungan gas asli. - Gambar Reuters
RIYADH: Syarikat tenaga gergasi Saudi Aramco telah menemui beberapa lokasi baharu minyak dan gas di Wilayah Timur dan Kawasan Empty Quarter, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Arab Saudi sebagai peneraju tenaga global.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Tenaga, Putera Abdulaziz bin Salman pada Rabu.
Penemuan ini merangkumi enam medan minyak, dua takungan minyak, dua medan gas asli dan empat takungan gas asli - menggambarkan potensi hidrokarbon negara yang luas dan terus berkembang.
Putera Abdulaziz menekankan kepentingan penemuan ini, yang menurutnya mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai peneraju dalam sektor tenaga global dan meningkatkan potensi hidrokarbon negara.
Penemuan ini dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi, memperkukuh keupayaan Arab Saudi untuk memenuhi permintaan tenaga domestik dan antarabangsa dengan cekap, serta menyokong matlamat kelestarian jangka panjang. Ia sejajar dengan aspirasi Wawasan 2030 untuk memaksimumkan nilai sumber asli dan menjamin keselamatan tenaga global. - Agensi
Topic Berkaitan
#Saudi Aramco
#lokasi baharu minyak
#Empty Quarter
#medan minyak
#Putera Abdulaziz bin Salman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan